CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3862|Reply: 15

[Tempatan] Isu stoking tak jadi macam ni kalau Firdaus Wong terus lapor polis, kata ahli jawatankuasa DAP Pahang Chiong Yoke Kong

  [Copy link]
Post time 25-3-2024 03:08 PM | Show all posts |Read mode
'Isu stoking tak jadi macam ni kalau Firdaus Wong terus lapor polis’

https://www.malaysiakini.com/news/700594

Diterbitkan:  Mar 25, 2024 1:39 PM
Dikemaskini: 2:10 PM



Isu jualan stoking bertulis kalimah Allah boleh diselesaikan dengan baik jika penceramah Firdaus Wong terus membuat laporan polis, kata Chiong Yoke Kong.

Bagaimanapun, kata ahli jawatankuasa DAP Pahang itu, Firdaus sebaliknya menularkannya di media sosial.

“Tetapi apanya beliau buat, beliau tularkan isu ini di sosial media, api-apikan keadaan, mencetuskan kemarahan rakan-rakan Muslim.

“Kalau ini bukan hasut apa lagi?” soal bekas anggota Dewan Undangan Negeri DAP bagi kawasan Tanah Rata, Pahang itu.



Firdaus sebelum ini berkata dia bukan orang pertama menjumpai stoking itu atau mengajak orang ramai memboikot KK Mart.

Bagaimanapun terdapat perselisihan antara mereka berdua apabila Chiong menulis komen di sebuah video ceramah Wong dengan menyifatkannya sebagai “kaki hasut” dan “sampah masyarakat”.

Firdaus pula membalasnya dengan berkata ia cerminan akhlak Chiong.

Pendakwah mualaf itu juga mengundang Chiong ke siri bual bicaranya untuk berbahas tajuk “Siapa sampah masyarakat”.

Chiong bagaimanapun tidak berminat.

“Oleh itu katanya nak bicara nak bahas tidak payahlah.

“Siapa yang makan cili siapa yang rasa pedas,” katanya yang juga bekas setiausaha politik menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Nga Kor Ming.



Memetik pepatah Cina bahawa seseorang itu akan dinilai dengan adil oleh masyarakat, Chiong mengingatkan bahawa semua pihak  bertanggungjawab mengekalkan kedamaian rakyat.

“...jangan sesekali menimbulkan pelbagai persepsi dan provokasi di media sosial sehingga mengakibatkan keadaan sosial, ekonomi dan politik tidak stabil,” katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan komen Firdaus.

KK Mart telah memohon maaf dan menarik balik jualan stoking yang diimport dari China itu.

Polis telah melengkapkan siasatan berhubung kes itu dan mencadangkan KK Mart dan syarikat pembekal, Xin Jiang Chang Sdn Bhd dihadapkan dengan pertuduhan jenayah di mahkamah.

Keputusan akan dibuat oleh Pejabat Peguam Negara (AGC).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2024 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
hasut amende...??? kan...1 Msia dh tau..yg kemudiannya berfikir 'apa yg patut dibuat'.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 03:43 PM | Show all posts
kalau report polis
kemudian isu keluar ke publik
polis pulak le yang salah
kan kan kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong boikot KKmart. (bukan 99 Speedmart)
Tengok betapa menggelupor sekor² cina dok pertahan perkara yg tak betul.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 03:58 PM | Show all posts
isu stoking takkan jadi macam ni kalau korang sume x buat perangai dulu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh kenapa pulak ko ni?
Dulu pasal tulisan jawi puak2 ko riuh sakan kan? Mcm x cukup tanah dibuatnya.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2024 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk sgt dh isu korg buat...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Melayu tengok ja skrg....mcm api dlm sekam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2024 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulak
Depa yang terhegeh hegeh cari pasal
Lepas tu orang lain yang salah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak viral, tak de le orang tau, kes mungkin disenyapkan. Macam la orang tak tau. Itu kira abam firdaus wong dah buat tanggungjawab as muslim dengan cara bagi awareness betapa bangsa peniaga sepet ni banyak yang irresponsible and play victim, kalu tak claim oku, claim tersalah petik, kalu tak pun claim salah orang. Bukan kitorang tak biasa dengo. Ini kali kita kasi boikot la sape yang mulut tak dak insurans burukkan 3R. Pernah dengo bisnesman muslim letak gambo tok pekong korang atas alas kaki ke? Kasut ke?? Tak de kan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la rata tanah rata tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dap Dan racist berpisah tiada. Masih nak membenarkan bnd yg salah. Lengchai ni nak kena simbah dgn cat merah ke cane
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak der plk dap nak cari root cause kkmart jual benda stokin tu dan suggest preventive measures ker, akmal salah firdaus salah org lain semua salah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko berambus berniaga kat tanah besar sana lah
Semak lah kongsi negara dgn puak kedarah babi ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 10:55 PM | Show all posts
sapa ke yg buat dema berkuasa....
ooo umno...lupa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 11:16 PM | Show all posts
benda ni isu politik. agama tu tunggangan je percaya cakap aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.357714 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list