CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3270|Reply: 5

[Tempatan] PDRM perlu lebih tegas, berani dalam isu rasuah, kata PMX Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 25-3-2024 02:02 PM | Show all posts |Read mode
PDRM perlu lebih tegas, berani dalam isu rasuah - Anwar

https://www.bharian.com.my/berit ... am-isu-rasuah-anwar

Oleh Ilah Hafiz Aziz dan Safeek Affendy Razali - Mac 25, 2024 @ 1:47pm
bhnews@bh.com.my


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa untuk lebih berani dalam menangani isu rasuah dan tidak mensia-siakan pengorbanan yang pernah dilakukan oleh pegawai dan anggota polis terdahulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata PDRM perlu memainkan peranan yang lebih dalam isu rasuah dan tidak mempersiakan amanah yang dipertanggungjawab oleh anggota keselamatan yang sudah terkorban.

"Selain SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Malaysia), PDRM juga harus berani untuk menyelamatkan bangsa dan tidak mensia-siakan pengorbanan termasuk warga polis yang terkorban.

"Namun saya percaya ia bukanlah sesuatu yang mudah tetapi apabila rasuah menjadi sistemik, ia akan menghakis sendi kekuatan kita. (PDRM) ada keberanian untuk bertempur, ada keberanian untuk menyelamatkan bangsa," katanya ada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 Tahun 2024, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Mengulas lanjut, Anwar juga meminta semua pihak supaya menghayati amanat yang pernah disampaikan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mengenai ancaman-ancaman keselamatan negara.

Katanya, selain ancaman komunis yang berjaya ditangani pasukan keselamatan negara, Tun Abdul Razak pada 1961 pernah memberi amaran mengenai isu rasuah dan prinsip perbezaan (communalism) yang akan menyelubungi negara.

"Dalam isu 'corruption' (rasuah)...bayangkan pada 1961 lagi, pemimpin utama negara sudah menyanggah keras pimpinan yang merosakkan sendi negara akibat rasuah yang menular.

"Perjuangan bapa-bapa dan ibu-ibu kita memperjuangkan keringat, air mata dan darah bukan untuk mengizinkan pemimpin, pegawai, penjawat awam untuk merampok kekayaan sesuka hati kita," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2024 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
AK-47...TERsinyum Kambin
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak ponorogol flip hair jah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 08:08 PM | Show all posts
Perintah yang bagus ... tetapi x mudah dilaksanakan  ...


Mengapa ?

Kerana rasauh adalah sesuatu yang alamiah dan sudah menjadi perilaku yang umum dan sudah tradisi di kalangan bangsa melayu mahawansa sejak era empayar melaka ... rasuah adalah salah satu karakteristik tamadun melayu ....


Jika perilaku rasuah dihapus .... boleh jadi tamadun melayumahangsa akan terhapus pula .... Hehehehe

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg dh ada prima facie ko bg lepas, yg blm pasti ko dh canang 1 dunia seolah dh bersalah pastu blh tumpang credit jd alasan x nk bantu rkyt.....apa benda la ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni memang muka tak tahu malu cakap benda2 yang dia sendiri langgar, kan?

Typical orang2 PH... Munafik & hipokrit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.058718 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list