CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3398|Reply: 0

[Kedah] Kegiatan penyeludupan dijangka rancak pada Ramadan, Aidilfitri

[Copy link]
Post time 25-3-2024 01:50 PM | Show all posts |Read mode

Fisol (tengah) bersama anggota dan pegawai polis pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 di IPK Kedah, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Polis Kedah akan terus mempertingkatkan kawalan dan operasi penguatkuasaan di sempadan darat dan laut Malaysia-Thailand bagi mengekang kegiatan penyeludupan yang dijangka rancak sepanjang Ramadan ini dan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh tidak menolak kemungkinan penyeludup mengambil kesempatan pada bulan puasa ini dan musim perayaan dengan cuba menyeludup barangan bersubsidi seperti diesel dan petrol ke negara jiran.

Katanya, penyeludupan dari negara jiran pula antaranya melibatkan barangan seperti mercun dan juga migran.

“Pasukan Gerakan Am (PGA) sentiasa bersedia mengawasi pagar sempadan dari Bukit Kayu Hitam hingga ke Perlis, manakala kawasan sempadan sehingga ke Durian Burung dalam daerah Padang Terap pula di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Bagi sempadan laut pula, Pasukan Polis Marin (PPM) sentiasa bersedia mengawasi keselamatan laut bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),” katanya pada sidang akhbar pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini hari ini.

Kata beliau, semua ketua jabatan dan Ketua Polis Daerah juga sentiasa mengadakan mesyuarat untuk penyelarasan operasi di sempadan serta membincangkan sebarang permasalahan yang berlaku bagi memastikan operasi penguatkuasaan dijalankan secara berkesan.

Sementara itu, berhubung kes penemuan mayat rentung di kebun kelapa sawit di Bukit Karung di Semeling, Merbok dekat sini, beliau berkata, mangsa dikenal pasti sebagai lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an yang juga orang kelainan upaya (OKU).

“Kes ini masih dalam siasatan dan setakat ini ia masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) kerana tiada unsur jenayah. Namun begitu, siasatan masih dijalankan,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang penjaga kebun buah-buahan terkejut apabila menemui mayat rentung di kebun kelapa sawit di Bukit Karung , Semeling kira-kira pukul 11 pagi, Jumaat lalu.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ramadan-aidilfitri/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.057046 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list