CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4645|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Ops Pantau 2024: KPDN catat nilai rampasan lebih RM400,000 dalam 12 hari

[Copy link]
Post time 25-3-2024 11:23 AM | Show all posts |Read mode

AZMAN Adam ketika melakukan pemeriksaan di bawah Ops Pantau 2024 di Bazar Aidilfitiri, malam tadi. FOTO Bernama

Putrajaya: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencatatkan nilai rampasan sebanyak RM414,319.07 atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Pantau 2024 di bazar Ramadan dan Aidilfitri, di seluruh negara, sejak 12 Mac sehingga Sabtu lepas.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, rampasan dilakukan daripada 84 kes yang dihasilkan atas kesalahan seperti tidak meletakkan tanda harga, tidak menggunakan alat timbang yang sah dan menjual barang-barang tiruan.

"Sepanjang tempoh itu, 20,854 premis diperiksa di seluruh negara termasuk 685 pemeriksaan di Bazar Aidilfitri di seluruh negara sejak Ops Pantau ini dilancarkan.

"Selain itu, kita juga menerima sebanyak 623 aduan daripada pengguna dalam tempoh yang sama membabitkan pelbagai kategori aduan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan di bawah Ops Pantau 2024 di Bazar Aidilfiiri, di sini, malam tadi.


Beliau berkata, seramai 2,200 pegawai penguat kuasa digerakkan di seluruh negara bagi melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan sepanjang musim perayaan ini.

Menurutnya, selain bazar Ramadan dan Aidilfitiri, penguatkuasaan juga dijalankan secara berfokus di seluruh negara di lokasi tumpuan seperti pasar raya dan kedai runcit termasuk penjualan secara dalam talian.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 00000-dalam-12-hari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.435847 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list