CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4878|Reply: 0

[Johor] Kerepek pisang Juli makin laris

[Copy link]
Post time 25-3-2024 11:13 AM | Show all posts |Read mode

JULIANI menunjukkan produk makanan yang dihasilkan seperti kerepek pisang dan rempeyek dirumahnya di Kampung Parit Jawa, Sanglang, Pontian semalam.

PONTIAN – Walaupun diba­yangi dengan kuih-muih moden, pengusaha kerepek pisang dan rempeyek tetap lega apabila permintaan pada musim perayaan tetap tinggi.

Juliani Ahmad, 49, berkata, permintaan bagi kedua-dua makanan tersebut bertambah berbanding pada hari-hari biasa kerana pelanggan telah mula membuat tempahan dua bulan sebelum bulan puasa.

Dia yang mewarisi perusahaan yang dijalankan oleh ibunya, Wagarah Taib, 72, yang kini uzur, tidak mampu menolak tempahan daripada rakan-rakan dan pelanggan tetap sekitar ini.

Menurut Juliani, kebanyakannya dia menggunakan pisang tandok sebagai bahan utama bagi pembuatan kerepek pisang berbanding pisang nipah berikutan permintaan tinggi untuk pisang tersebut

“Soal bahan mentah (pisang tanduk) tidak menjadi masalah, banyak pekebun di sekitar Sanglang, Ayer Baloi, Benut sedia menjual pisang mereka dengan harga RM6.50 sekilogram (kg).

“Anggaran keperluan pisang tanduk bagi musim perayaan ini sebanyak 350 kg hingga 450 kg bagi menyiapkan kira-kira 3,000 bungkusan seminggu sebelum hari raya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Parit Jawa, Sanglang, baru-baru ini.

Tambah Juliani, dia masih mengekalkan harga lama bagi setengah kilogram kerepek pisang iaitu RM17, manakala bagi satu kilogram dengan harga RM34, walaupun ada pengusaha lain ­telah banyak menaikan harga.

“Walaupun ada pengusaha lain yang menjualnya dengan harga RM20 bagi setengah kilogram atau RM40 sekilogram, saya masih mampu bertahan walaupun kos bahan mentah mengalami kenaikkan.

“Saya guna minyak masak bo­tol yang dibeli dengan harga RM27 sebotol kerana tidak mahu guna minyak masak peket yang cepat bertukar warna hitam selepas digunakan,” ujarnya.

Katanya, dia menganggapnya kedatangan musim perayaan sebagai ‘bonus’ tahunan kepada pengusaha makanan sepertinya dengan peningkatan jualan dan keuntungan berbanding hari-hari biasa.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... g-juli-makin-laris/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.082747 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list