Shaiful Hazizy kata Kedah Agro rugi sejak PAS tadbir negeri
Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Mac 24, 2024 @ 10:47am hifzuddin@bh.com.my
Shaiful Hazizy (kiri) mendakwa Kedah Agro rugi sejak pentadbiran kerajaan Kedah diambil alih PAS pada 2008 ketika Sanusi adalah Setiausaha Politik kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
ALOR SETAR: Kedah Agro Holdings Berhad (Kedah Agro) dikatakan mula mencatat kerugian apabila pentadbiran negeri bertukar kepada PAS pada 2008 selepas untung ketika Barisan Nasional (BN).
Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy, berkata Kedah Agro mencatat keuntungan antara 2005 hingga 2008 ketika Datuk Seri Mahdzir Khalid menjadi Menteri Besar.
Jelasnya, keadaan bagaimanapun berubah apabila Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak mengambil alih negeri pada 2008 dan Menteri Besar ketika ini, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjadi Setiausaha Politik pemimpin itu.
"Sanusi dengan penuh rasa tidak bersalah, menyalahkan kerajaan BN atas kegagalan kerajaan negeri dalam membayar gaji pekerja Kedah Agro yang tertunggak sejak September 2023.
"Sanusi kata Kedah Agro gagal buat 'business' sejak dari zaman saya menjadi Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. Soalannya, bagaimana tiada 'business' sekiranya tahun 2005 hingga 2008 zaman Datuk Seri Mahdzir Khalid, Kedah Agro untung sahaja.
"Kedah Agro mula catat kerugian sejak Uztaz Azizan menjadi Menteri Besar dan Sanusi ketika itu adalah Setiausaha Politik kepadanya. Maksudnya daripada zaman PAS Kedah Agro tidak buat untung dan Sanusi kena sedar yang sudah bertahun Sanusi jadi Menteri Besar, takkan tidak mampu selesaikan?" katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Shaiful Hazizy berkata, ini bukan kali pertama Muhammad Sanusi menyalahkan pihak lain, kerana ia turut berlaku apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikaitkan dalam isu gaji pemain bola sepak negeri.
Dalam isu pembangunan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) pula, beliau menyalahkan Kerajaan Persekutuan yang dikatakan enggan memberi kelulusan.
"Kalau semua salah orang lain, Sanusi sahajakah yang betul? Ini sudah tahap maksum. Saya faham memang setiap tahun kerajaan akan beli aset baru, tapi perlu ada keutamaan.
"Sudah tahu gaji (pekerja Kedah Agro) tertunggak sejak September, kenapa tidak selesaikan itu dahulu? Kenapa sibuk hendak beli kereta beratus ribu?
"Sebab itu Sanusi kena terima hakikat, ini bukan soal untung rugi, ini syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kedah, kerajaan negeri perlu bertanggungjawab ke atas semua staf dan pekerja yang tidak dibayar gaji sejak September 2023," katanya.
Berikutan itu, beliau meminta Muhammad Sanusi sedar bahawa menjadi adat dalam perniagaan ada untung dan ruginya, tapi dalam isu ini kerajaan negeri harus ada sifat kemanusiaan kerana gaji adalah hak pekerja.
Semalam, Menteri Besar itu mendakwa Shaiful Hazizy selaku bekas Setiausaha Politik kepada Ahmad Bashah sebagai individu paling layak memberi penjelasan berhubung masalah dialami Kedah Agro.
Post time 26-3-2024 07:45 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Memang betullah dia ni badut. Gaji tertunggak time dia tapi dia nak ckp zaman org lain dah rugi. Takan rugi lebih 10 tahun dulu sekarang baru gaji tunggak. Baiklah duit beli keta 400 ribu tu bayar gaji org dah la nak raya. Takan raya awak sorang je nak melaram.
Post time 27-3-2024 09:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Br aku tahu jiran aku ni salah sorang staf yg jd mangsa keje xbergaji kat agro kedah tu. Nasib baik la spouse dia ada keje tetap, boleh la membantu
Ada kalangan kwn dia sampai cerai berai sebab dah xde duit
Post time 28-3-2024 06:49 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Reality kedah bwh pas mmg bnyak problem.. Then mentaliti staff gomen kedah.umo rmai dh tua, buat keja sambil lewa mngharapkan duit gomen.dah la gomen bukan bnyak income.bnyak ank syarikat negeri kedah yg catat kerugian.theyol tak hairan pn kalau rugi sbb mentaliti nanti gomen tetap bagi gaji. Contoh member i keja dkt stu uni bawah gome kedah, student register makin brlurang smpai drop 100+ je latest intake ni.tp university rileks ja takde aggressive actions to overcome the problem.bnda2 yg x perlu yg theyol spend duit.staff rmai geng lebai tu..ni blum crita bab air.konon thun ni projek empangan akn siap dh takde isu dah, tpi mkin truk smpai ada buat picket.