CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9825|Reply: 0

[Sarawak] Pastikan PADU tidak burukkan lagi penipuan dalam talian

[Copy link]
Post time 25-3-2024 05:37 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kebimbangan orang ramai mengenai Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), seperti yang dilihat baru-baru ini di platform media sosial dan saluran berita, perlu ditangani segera.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, berkata tiada halangan bagi orang ramai untuk mendaftar kerana golongan B40 menerima pelbagai bentuk bantuan kerajaan.

“Tambahan pula, sebahagian besar daripada mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya mempunyai satu akaun bank sekali gus mengurangkan risiko mereka menjadi mangsa penipuan dalam talian,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop itu turut menegaskan, kebimbangan orang ramai terhadap sistem PADU perlu difahami dan dipandang serius oleh kerajaan, ekoran kes penipuan dalam talian yang membimbangkan pada tahun lalu.

“Kita perlu memahami kebimbangan mereka mengenai maklumat yang diedarkan melalui PADU kerana bimbang maklumat ini akan disalahgunakan terutama maklumat kewangan.

“Baru tahun lepas, kita merekodkan tidak kurang 23,000 mangsa penipuan dalam talian membabitkan kerugian berjumlah RM1.22 bilion,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau berharap dengan PADU ini, sektor perbankan akan memperketatkan lagi sistem keselamatan akaun pengguna bagi mengelak mereka mudah menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan penyerahan simbolik bubur lambuk anjuran Kelab Penyokong Manchester United Sarawak (MUSCS) di sini, hari ini.

Beliau pada masa yang sama juga menyatakan, antara alternatif yang perlu dipertimbangkan ketika ini ialah menaik taraf sistem e-Kasih yang sebelum ini digunakan untuk mendapatkan data rakyat bagi bantuan kerajaan.

Sebelum ini, semakan bantuan ini diproses melalui sistem e-Kasih yang diuruskan oleh pejabat daerah masing-masing.

“Pada saya, adalah lebih baik maklumat yang ada dalam e-Kasih, dengan syarat sistem itu dinaik taraf terlebih dahulu supaya maklumat yang sama dapat digunakan bagi memastikan bantuan yang diperkenalkan kerajaan diterima oleh mereka yang benar-benar layak,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.542476 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list