CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9693|Reply: 1

[Sarawak] Kerajaan Persekutuan hormati keputusan Kerajaan Sarawak tangguhkan pendaftaran PADU

[Copy link]
Post time 25-3-2024 05:33 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kerajaan Persekutuan menghormati keputusan Sarawak untuk menangguhkan pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) di negeri ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu bagaimanapun berkata setakat ini, Kerajaan Negeri Sarawak belum memberikan sebab atau alasan bagi penangguhan itu.

“Sebagai Kerajaan Persekutuan, kita hormati apa yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak tetapi kita nak memahami apakah punca dan sebab, mengapa sekarang ini ada keputusan untuk memberhentikan pendaftaran PADU.

“Saya tak pasti apa puncanya, saya belum dapat penjelasan, mesti ada sebab mengapa kerajaan negeri berbuat demikian,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Jamaie di Masjid Al-Ghazali di sini hari ini.

Semalam, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Negeri Sarawak pada minggu depan bagi membincangkan isu berkaitan pendaftaran PADU.

Beliau berkata ia berikutan wujudnya arahan oleh Kerajaan Negeri agar pendaftaran dan pengemaskinian PADU di Sarawak ditangguhkan.

Walaupun demikian, kata Fadillah, tiada halangan buat individu di Sarawak untuk mendaftar dalam sistem PADU namun beliau percaya rakyat Bumi Kenyalang akan mematuhi arahan yang dikeluarkan pada peringkat negeri.

“Saya kira rakyat Sarawak akan mengikut arahan di peringkat negeri tetapi apa-apa pun, negeri ini merekodkan antara pendaftar PADU yang paling tinggi,” katanya.

Setakat semalam, lebih 7.36 juta rakyat Malaysia membabitkan 35 peratus penduduk negara ini sudah mengemas kini maklumat dalam sistem PADU sejak ia dilancarkan pada 2 Januari lepas.

Terdahulu, Fadillah, yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, menyampaikan sumbangan duit raya kepada 120 orang yang terdiri daripada anak yatim dan pelajar tahfiz dari Rumah Amal Nur Murni, Madrasah Darul Uloom Al-Fatah serta Pusat Tahfiz Husnul Khatimah. – BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2024 05:34 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.199924 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list