CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9335|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak catat pertumbuhan positif kedatangan pelancong

[Copy link]
Post time 25-3-2024 05:28 AM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim ketika bercakap pada sidang media hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan mengesahkan pertumbuhan positif kedatangan pelancong yang direkodkan ke Sarawak pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

Menterinya Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Februari 2024 telah mencatatkan sejumlah 397,785 orang kedatangan pelancong berbanding 280,973 orang pada bulan yang sama tahun lalu.

Sekali gus katanya, ini menampakkan kenaikan sebanyak 41.57 peratus dan daripada jumlah berkenaan, terdapat kenaikan sebanyak 52.09 peratus kedatangan pelancong asing ke Sarawak.

"Pelancong asing yang telah datang pada Februari 2024 adalah seramai 235,778 orang berbanding Februari 2023 iaitu seramai 155,026 orang sahaja.

"Pelancong domestik juga terdapat kenaikan sebanyak 28.63 peratus, yang mana sejumlah 162,007 orang pelancong bagi Februari 2024 berbanding 125,947 pada bulan yang sama pada 2023.

"Ini sekali gus menghasilkan jumlah resit pada Februari 2024 sebanyak RM1.02 bilion berbanding bulan yang sama pada 2023 iaitu RM714.30 juta yang menyaksikan kenaikan sebanyak 42.89 peratus," jelasnya.

Beliau mendedahkan perkara tersebut kepada pemberita pada sidang media selepas pelancaran Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2024 di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata, kenaikan yang memberangsangkan itu memberikan gambaran baik kepada kementeriannya untuk mencapai sasaran empat juta jumlah kedatangan pelawat ke Sarawak pada 2024 dengan anggaran pendapatan RM9.76 bilion.

"Kita amat gembira dengan jumlah ini dan kita berharap bermula Mac ke Disember jumlah ini akan sentiasa meningkat.

"Biasanya jikalau permulaan sudah menampakkan ia baik, ia akan menyaksikan pertumbuhan yang baik pada bulan berikutnya. Mungkin kita akan berjaya mencapai 4.5 juta tanpa disedari," katanya.

Sementara itu, jumlah kedatangan pelancong dari Januari hingga Februari 2024 berjumlah 750,768 orang pada 2024, berbanding 600,037 orang pada tempoh yang sama tahun lalu.

Kedatangan pelancong asing bagi Januari-Februari 2024 adalah seramai 447,903 orang berbanding 328,009 orang pada tempoh yang sama 2023.

Bagi pelancong domestik bagi Januari-Februari 2024, ia mencatatkan kenaikan sebanyak 11.34 peratus yang mana 302,865 orang berbanding tempoh sama pada 2023 seramai 272,028 orang.

Justeru, resit Januari-Februari 2024 adalah berjumlah RM1.93 bilion sementara RM1.52 bilion dalam tempoh bulan yang sama2023.

"Kemasukan pelancong asing paling ramai ke Sarawak adalah dari negara-negara Eropah seperti United Kingdom (UK) dan Jerman," ujarnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.053916 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list