CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12517|Reply: 0

[Kedah] Pelajar maut dilanggar kereta

[Copy link]
Post time 25-3-2024 01:53 AM | Show all posts |Read mode
Pelajar maut dilanggar kereta


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 24, 2024 @ 8:51pmbhnews@bh.com.my




Seorang pelajar perempuan maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Simpang Tiga Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri, di Sungai Petani, hari ini. - Foto PDRM




SUNGAI PETANI: Seorang pelajar perempuan maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Simpang Tiga Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri, di sini hari ini.

Pelajar kolej vokasional berusia 19 tahun itu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata kejadian berlaku pada jam 2.50 petang membabitkan sebuah motosikal dengan dua kereta.

Beliau berkata, ketiga-tiga kenderaan terbabit dari Sungai Petani menghala ke Kulim.

Katanya, kemalangan dipercayai motosikal secara tiba-tiba motosikal membelok masuk ke simpang sebelah kanan dan dilanggar kereta.

"Penunggang motosikal cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya hari ini.

Zaidy berkata, mayat penunggang motosikal itu kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, pelajar terbabit beralamat di Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri, Padang Serai, dekat sini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.073127 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list