CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14432|Reply: 0

[Sarawak] JPBB Miri kawal dan ronda di kawasan berpotensi terbakar

[Copy link]
Post time 24-3-2024 10:02 PM | Show all posts |Read mode


Gambar kebakaran tanah gambut di Miri yang dirakam menggunakan dron oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) baru-baru ini.

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri kini menguatkuasakan kawalan dan rondaan khususnya di kawasan yang kerap berlaku kebakaran di Miri bagi mengelak kebakaran tanah gambut yang boleh mengakibatkan fenomena jerebu.

Menteri bertanggungjawab terhadap JPBB Miri Dato Sri Lee Kim Shin berkata, merujuk kepada situasi kebakaran berlaku di Miri, semua pihak diingatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka.

“Mereka juga diingatkan agar tidak membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menceroboh tanah lapang kepunyaan kerajaan sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja,” jelas Lee dalam kenyataan media, hari ini.

Pada Khamis lalu semua agensi di bawah JPBB Miri telah menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi JPBB Miri Jamalie Busri bagi membincangkan strategi pencegahan kebakaran tanah gambut.

Antaranya melalui pengawasan darat serta pemantauan dengan peralatan pengawasan berteknologi tinggi iaitu menggunakan dron termal M30T, selain penyediaan keperluan fasiliti pemadaman seperti jentera berat dan pam air.

Dalam pada itu, Pejabat Meteorologi Miri menyatakan Monsun Timur Laut akan berakhir bulan ini dan Miri akan mengalami musim kering iaitu memasuki fasa Monsun Barat Daya yang membawa kepada kadar bilangan hujan yang rendah dan keadaan ini dijangka berlaku sehingga September.

Orang ramai juga diminta memberi kerjasama memadamkan kebakaran kecil serta membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang dikesan.

Boleh hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) BBP Miri di talian 085-420991, BBP Lopeng 085-422973 atau 019-2452642, BBP Lutong 085-646644, Jabatan Alam Sekitar (JAS) 085-426994, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) 085-437488 atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) 085-430389.

Dalam keadaan cuaca panas, JPBB Miri menasihati  orang ramai supaya mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air serta mengehadkan tempoh berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.424683 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list