CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13271|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak intai kerjasama dengan SLB

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:51 PM | Show all posts |Read mode


Dr Hazland bersama (dari kanan) Lee, Olivier serta dif-dif kenamaan lain pada majlis persendirian yang dianjurkan SLB di Agora House, Houston, Texas baru-baru ini.

KUCHING: Sarawak mengadakan perbincangan bersama peneraju industri Schlumberger (SLB) dari Amerika Syarikat (AS) mengenai potensi kerjasama Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) dan latihan kecekapan sejajar dengan inisiatif tenaga bersih negeri.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, perbincangan itu dibuat semasa menyertai acara Minggu Rakan Bersekutu Penyelidikan Tenaga Cambridge (CERAWeek) di Houston, Texas pada Khamis lepas.

"Perbincangan ini tertumpu kepada tiga bidang utama iaitu pertama sokongan perkhidmatan teknikal untuk CCUS iaitu komponen kritikal strategi Sarawak untuk melaksanakan pelan hala tuju CCUS.

"Keduanya adalah mengenai peluang perkongsian dengan NeXT SLB untuk program peningkatan kemahiran dan pembangunan kompetensi serta menangani keperluan mendesak untuk menyediakan tenaga kerja Sarawak bagi peralihan kepada pelepasan sifar bersih," katanya dalam kenyataan media semalam.

Sementara perkara ketiga pula kata Dr Hazland, adalah tentang penubuhan Pusat Kecemerlangan Tenaga Bersih di Sarawak.

Menurutnya, pusat ini akan menjadi asas Strategi Pembangunan Pasca-COVID 2030 di bawah agenda 'Tenaga Diperbaharui'.

"Dengan kemajuan Sarawak dalam tenaga bersih, adalah penting untuk kita memupuk bakat tempatan bagi menerajui perjalanan kita ke arah masa depan yang mampan," ujarnya.

Turut hadir pada perbincangan itu ialah Naib Presiden Schlumberger (Penangkapan dan Penyimpanan Karbon) Eric Kowalewski, Pengurus NeXT SLB Global Resource Wan Jasmin Wan Abbas dan Pengarah Urusan untuk Asia Timur Lee Meng Keong.

Dalam pada itu, Dr Hazland berkesempatan bertukar pandangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif SLB Olivier Le Peuch dan Presiden Asia SLB Amy Chua bagi mengukuhkan lagi komitmen bersama untuk kelestarian tenaga dan inovasi semasa menghadiri majlis persendirian yang dianjurkan SLB di Agora House.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.076646 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list