CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5913|Reply: 0

[Sarawak] Mohon dana untuk anjur program berkaitan industri kreatif

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:24 PM | Show all posts |Read mode


Snowdan (dua kiri) menyampaikan skrol kepada graduan pada Majlis Konvokesyen Pensijilan Kemahiran Malaysia 2024 Ke-7, hari ini.

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak menyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM10 juta di bawah Dana Mudahcara Warisan, Kesenian dan Kebudayaan untuk menganjurkan pelbagai program berkaitan industri kreatif.

Sehubungan itu, Timbalan Menterinya Datuk Snowdan Lawan menggalakkan pemain industri seperti pertubuhan bukan kerajaan dan kelab memohon dana itu di laman web kementeriannya untuk merancang aktiviti mereka, termasuk bengkel kraf tangan, pembikinan filem atau berkaitan dengan industri fesyen.

"Industri kreatif adalah sesuatu yang baharu di Sarawak. Jika kita lihat di Indonesia, ia dipanggil sebagai ekonomi kreatif dan sektor itu telah menyumbang kira-kira AS$22 bilion kepada ekonomi Indonesia," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen Pensijilan Kemahiran Malaysia 2024 Ke-7 anjuran Persatuan Pembangunan TVET Nasional (PPTN) di Auditorium Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) di sini, hari ini.

Berikutan itu, Snowdan berkata kerajaan Sarawak telah menamakan semula kementeriannya kepada nama sedia ada bagi memberi penekanan kepada pembangunan industri kreatif dan seni persembahan dalam pertumbuhan ekonomi negeri.

"Kami juga menumpukan kepada pembangunan seni persembahan kerana kami sedang membina pusat seni persembahan.

"Ia telah menelan belanja kira-kira RM300 juta dan pusat itu akan sama seperti Istana Budaya (di Kuala Lumpur) dan Dewan Diraja Albert di London di mana kami akan memberi tumpuan kepada penganjuran acara antarabangsa," katanya.

Usaha itu katanya, sekali gus berpotensi menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan.

Mengenai pembangunan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), Snowdan berkata kerajaan negeri merancang untuk membina sebuah hotel di dalam Tegas Digital Village bagi menempatkan usahawan muda dari kawasan pinggir bandar atau luar bandar, selain menyediakan ruang kerja bersama.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.052198 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list