CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3565|Reply: 0

[Sarawak] Pekerja padamkan kebakaran dapur, berjaya selamatkan restoran barbeku

[Copy link]
Post time 24-3-2024 08:19 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba membuat pemantauan di bahagian dapur premis terbabit dalam kebakaran di Miri malam Jumaat.

MIRI: Tindakan pantas seorang pekerja menggunakan alat pemadam api bagi memadamkan kebakaran di bahagian dapur berjaya menyelamatkan sebuah restoran barbeku di Marina Fasa 2 di sini daripada musnah dalam kebakaran yang berlaku pada malam Jumaat.

Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian terbabit sekitar jam 11.08 malam.

“Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong diketuai Pegawai Bomba Tinggi II Henry Jugah diarahkan ke lokasi kejadian yang jaraknya sekitar 20 kilometer dari balai sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi didapati benar terdapat kejadian kebakaran dapur seperti yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Menurut beliau, tiada tindakan operasi dilakukan dan pasukan bomba hanya membuat pemantauan di lokasi berkenaan.

“Tiada operasi dijalankan kerana api berjaya dipadamkan oleh pekerja kedai tersebut menggunakan satu alat pemadam api.

“Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat, operasi ditamatkan pada jam 11.50 malam,” ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.059882 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list