CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3559|Reply: 0

[Sarawak] TDM gagalkan cubaan seludup 150 karton rokok di Ba’kelalan

[Copy link]
Post time 24-3-2024 08:18 PM | Show all posts |Read mode


Tiga bungkusan hitam yang mencurigakan berjaya dijumpai anggota tentera semasa melakukan penugasan rondaan di kawasan hutan di Kampung Punang Kelalan, Ba’kelalan.

MIRI: Cubaan sindiket untuk menyeludup 150 karton rokok melalui laluan hutan ternyata gagal apabila berjaya dipatahkan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang menjalankan penugasan di Sektor Op Jagakawan, Ba’kelalan, tengah hari pada Jumaat.

Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat dalam satu kenyataan medianya berkata kejayaan menggagalkan cubaan seludup barang ini dilakukan TDM melalui unit yang sedang melaksanakan operasi di bawah formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen).

“Pada jam 1.30 tengah hari, sepasukan anggota tentera yang sedang melaksanakan penugasan rondaan di Kampung Punang Kelalan, Ba’kelalan iaitu jarak lebih kurang 1,200 meter dari sempadan Indonesia telah menjumpai tiga bungkusan hitam yang mencurigakan.


Tiga bungkusan yang didalamnya mempunyai 150 karton rokok dipercayai cuba diseludup ke negara Indonesia berjaya dirampas.

“Hasil daripada pemeriksaan mengesahkan terdapat 150 karton rokok di dalam bungkusan tersebut di mana 100 karton rokok adalah rokok jenama Premium manakala 50 karton lagi adalah jenama Era,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Kenyataan itu menyebut, kesemua hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM8,250.

“Laporan polis telah dibuat di Pondok Polis Ba’kelalan dan kesemua barangan rampasan telah diserahkan kepada pihak kastam untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, TDM akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI), kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.345752 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list