CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3607|Reply: 0

[Sarawak] Edar dadah di pusat hiburan, tiga lelaki warga asing ditangkap

  [Copy link]
Post time 24-3-2024 08:17 PM | Show all posts |Read mode


Pelbagai jenis dadah yang berjaya dirampas hasil daripada serbuan di sebuah pusat hiburan di Miri.

MIRI: Tiga lelaki warga asing diberkas polis di sebuah pusat hiburan, di sini, malam pada Khamis setelah disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata serbuan dan tangkapan dibuat sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak kira-kira jam 9 malam.

“Semasa pemeriksaan dibuat di pusat hiburan tersebut, pasukan serbuan telah menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis Ekstasi, Erimin 5, Ketamin dan Mushroom berjumlah 4,313.60 gram.

“Nilai rampasan barang disyaki dadah dan sitaan wang tunai dianggarkan jumlah bernilai RM57,554.17,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Sehubungan itu, beliau berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali,” ujarnya.

Dalam pada itu, Alexson menasihati orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah ini untuk segera melaporkannya ke balai polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.050933 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list