CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3653|Reply: 0

[Sarawak] 13 penyewa selamat, rumah didiami terbakar

[Copy link]
Post time 24-3-2024 08:13 PM | Show all posts |Read mode


Sebuah rumah di Lorong 1C, Piasau Jaya 1 yang musnah akibat kebakaran petang pada Jumaat.

MIRI: Seramai 13 orang dari dua buah keluarga yang menyewa di sebuah rumah di Lorong 1C, Piasau Jaya 1, di sini berdepan detik cemas apabila rumah sewa mereka musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku petang pada Jumaat.

Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran terbabit kira-kira jam 5.25 petang.

“Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Bonny Martin bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sekitar enam kilometer dari balai sejurus menerima panggilan berkenaan.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kayu dua tingkat jenis separuh kekal berukuran 30 kali 40 kaki persegi dan telah hangus dianggarkan 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Menurut Awangku Mohd Hazmin, setelah pemeriksaan dibuat, pasukan bomba kemudiannya terus menjalankan operasi pemadaman bagi mengawal dan memadamkan api.

“Pemadaman dibuat menggunakan satu aliran 200 kaki, dua aliran salur bantu mula dengan sumber air dari pili bomba yang berdekatan iaitu kira-kira 300 kaki dari lokasi kejadian.

“Api dapat dikawal sekitar jam 6.10 petang dan setelah memastikan api padam sepenuhnya serta keadaan di lokasi didapati selamat, operasi ditamatkan pada jam 7.13 malam,” ujarnya.

Sementara itu, menurut maklumat daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian terbabit.
“Kesemua mangsa pada masa ini tinggal di rumah keluarga terdekat buat sementara waktu.

“Kit Makanan Permulaan (KMP) sebanyak dua unit juga telah diserahkan kepada dua buah keluarga terbabit,” jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.339971 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list