CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3937|Reply: 0

[Sarawak] Tun Wan Junaidi, Abang Johari berbuka puasa bersama 1,230 warga Sarawak di Semenanjung anjuran Yayasan Sarawak

[Copy link]
Post time 24-3-2024 07:57 PM | Show all posts |Read mode


Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi, Abang Johari serta dif-dif kenamaan lain merakamkan kenangan bersama para penerima. -Gambar UKAS

KUCHING: Seramai 1,230 warga Sarawak di Semenanjung Malaysia memeriahkan majlis Berbuka Puasa anjuran Yayasan Sarawak yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Turut hadir, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Fadillah Yusof, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian.

Selain itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta isteri Dato Fatimah Mohd Iskandar,  Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta isteri Datin Amar Baduyah Bujang, barisan Timbalan-Timbalan Menteri Sarawak dan Persekutuan, barisan Timbalan-Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Ketua-Ketua Jabatan serta dif-dif kenamaan lain juga turut hadir sama.

Majlis dimulakan dengan penyerahan cenderahati dari Datuk Amar Mohamad Abu Bakar yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Sarawak kepada Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi serta isteri, Abang Johari serta isteri dan Fadillah.

Dalam majlis itu juga, seramai 314 pelajar terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Genius @ Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Pengajian Tinggi serta anak-anak kakitangan Yayasan Sarawak Kuala Lumpur dan Rumah Sarawak menerima sumbangan dan duit Raya yang diserahkan secara simbolik oleh Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan Abang Johari

Seramai 50 pelajar hadir untuk menerima sumbangan berkenaan bagi mewakili kesemua penerima.

Terdahulu, sebelum menyampaikan sumbangan, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi bersama Abang Johari dan hadirin lain berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Mereka kemudiannya menunaikan Solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah sebelum bersurai.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.058468 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list