CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3913|Reply: 0

[Sarawak] 26 penghuni hilang tempat tinggal, dua rumah di Lot RPR Sungai Plan terbakar

[Copy link]
Post time 24-3-2024 07:56 PM | Show all posts |Read mode


Kebakaran yang memusnahkan dua kediaman di lot RPR Sungaj Plan di Jalan Tanjung Kidurong petang semalam.

BINTULU: Seramai 26 penghuni di Lorong Permata Lot Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sungai Plan di sini hilang tempat tinggal setelah kediaman mereka musnah dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah pada petang Jumaat.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dan BBP Bintulu dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.10 petang bagi menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.

"Sejurus sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan dua buah rumah dua tingkat jenis separa kekal," ujarnya.

Bagi memadam kebakaran, pasukan bomba menggunakan dua aliran air dan dua nozel yang mana sumber air diperoleh dari jentera dan pili bomba berdekatan.

Katanya, setelah hampir setengah jam menjalankan kerja-kerja memadam, api akhirnya berjaya dikawal sekitar jam 6.45 petang.

Jelas beliau kebakaran yang berlaku tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semua penghuninya berjaya lari menyelamatkan diri.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian yang dialami penghuninya bagaimanapun masih lagi dalam siasatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.070508 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list