CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7328|Reply: 0

[Sabah] Tiga cedera kereta terbabas

[Copy link]
Post time 24-3-2024 05:51 PM | Show all posts |Read mode


TERBALIK: Keadaan kenderaan mangsa selepas terbalik di Kampung Damai di sini.

KOTA MARUDU: Tiga individu mengalami kecederaan selepas kereta dinaiki terbabas lalu terbalik di Kampung Damai di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kejadian jam 9.22 pagi membabitkan kenderaan kompak yang dipandu lelaki berumur 32 tahun bersama dua lagi kanak-kanak lelaki.

“Kemalangan menyebabkan ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan dan kesemua mangsa diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Lotong menaiki ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba bertindak membuka kepala bateri bagi mengelakan berlaku kebakaran.

“Operasi keseluruhan ditamatkan jam 9.50 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.059966 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list