CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7229|Reply: 0

[Sabah] SEDCO serah zakat perniagaan berjumlah RM277,697.16

[Copy link]
Post time 24-3-2024 05:41 PM | Show all posts |Read mode


ZAKAT: Majlis penyerahan zakat perniagaan SEDCO dan syarikat kumpulannya bagi tahun 2022-2023.

KOTA KINABALU: Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) menyerahkan zakat perniagaan secara berkelompok berjumlah RM277,697.16 kepada Pusat Zakat Negeri Sabah (PZS)

Antara Syarikat Kumpulan SEDCO yang menyerahkan zakat perniagaan ialah SEDCO sebanyak RM200,000.00, Perkasa Realty Sdn Bhd (RM30,000.00), IIB Insurance Brokers Sdn Bhd (RM30,000.00) dan Sedcovest Holdings Sdn Bhd membayar haul Perniagaan sebanyak RM17,697.16.

Penyampaian akad dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali bersama Ketua Bahagian Zakat, Iwansuzairie Hari.

Akad Zakat Perniagaan SEDCO bagi tahun 2023 dilafazkan oleh Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Azrul Ahmad dan disaksikan oleh Timbalan Pengerusi SEDCO Datuk Seri Dr. Arsit Sedi.

Sementara itu, akad bagi syarikat kumpulan masing-masing dibaca oleh Pengurus Besar (PB)/CEO Mat Saidi Minting- PB PRSB, Tuah Tahir - PB IIB, Abd Rahim Mohd Zain- PB SVH.

Turut diadakan penyampaian sumbangan untuk aktiviti dan kelengkapan berupa RM1,000.00 kepada masjid, rumah Kebajikan dan persatuan terpilih di negeri ini.

SEDCO juga menyampaikan sumbangan berupa baju dan duit raya kepada anak yatim, mualaf serta golongan asnaf.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.497315 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list