CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 18550|Reply: 62

Cerekarama - Berkalung Noda

[Copy link]
Post time 12-3-2011 10:13 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by -MiAshi- at 18-3-2011 18:34


Mengisahkan Karina(Fasha Sandha) hidup dalam kemewahan tapi berasa sunyi kerana suaminya, Azrai(Roy Azman), jurutera eksplorasi petroleum dan gas, sering bertugas di luar Negara. Mereka dikurniakan dua anak, Yasmin dan Azmi, masing-masing berusia 7 dan 8 tahun yang dijaga pembantu rumah.


Sekalipun hidupnya dilimpahi kemewahan, Karina tetap berasa hidupnya kosong. Ketika itulah, dia sering bersosial dan akhirnya bertemu dengan Jay, lelaki playboy dan sudah beristeri untuk mengisi kekosongan hidupnya. Jay pula sebenarnya suka mengikis duit perempuan untuk menambat hati isterinya, Tina.


Telefilem untuk slot Cerekarama dan disiarkan Sabtu ini, jam 10 malam dibintangi barisan pelakon hebat seperti Fasha Sandha (Karina), Roy Azman ( Azrai), Riz Ainudin (Jay), Elyana (Tina) dan ramai lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2011 10:15 PM | Show all posts
Ada fasha & elyana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2011 10:19 PM | Show all posts
Suami cekup isteri curang
Oleh Ramlah Zainal

RUMAH teres dua tingkat di kawasan perumahan Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang bertukar menjadi tempat bersekedudukan Karina dan kekasihnya, Jay sepanjang ketiadaan suaminya, Azrai yang sering menguruskan bisnesnya di luar negara.

Bagi mengaburi mata orang ramai, hiasan dinding rumah itu dihiasi beberapa bingkai gambar romantik, Jay dan Karina, seolah-olah mereka seperti sepasang suami isteri lain yang tinggal di kawasan perumahan itu.

Pada petang itu, Karina dan Jay juga nampaknya asyik bermesra dan bergembira dalam rumah yang menjadi saksi percintaan terlarang mereka itu. Itulah antara paparan menarik dalam telefilem Berkalung Noda arahan M Hitler Zami terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) untuk TV3.

Ketika wakil Rap sampai di lokasi penggambaran telefilem ini jam 3 petang baru-baru ini, Hitler sibuk menyiapkan babak Karina dan Jay kena tangkap basah oleh pegawai pencegah maksiat yang menyerbu rumah itu.

Suami Karina, Azrai melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Karina nampak panik, tidak mengaku perbuatan sumbangnya itu.

"Siapa cakap kami bersekedudukan? Kami adalah suami isteri yang sah!," Itulah antara dialog menarik Karina dalam telefilem ini. Namun, kemunculan Azrai yang menjadi saksi perbuatan sumbangnya itu berjaya membuktikan segalanya.

Karina hanya menitiskan air mata melihat Azrai membuat pengakuan kecurangannya itu kepada pegawai Jais serta bertindak menceraikan isterinya pada waktu itu juga.

Mengulas lanjut mengenai penggambaran telefilem Berkalung Noda itu, kata Hitler, sebelum di Sering Ukay, penggambaran juga berlangsung di Kundang, Kuang.

"Dalam sehari, kami boleh siapkan tujuh babak dan ini hari keenam penggambaran. Babak yang kami buat di lokasi di sini membabitkan Karina dan Jay kena tangkap basah.

"Azrai juga memberitahu Karina, dia terpaksa ke luar negara sedangkan sebenarnya ingin mengekori Jay dan Karina dari belakang.

"Pihak kami berjaya menyiapkan babak yang lain sehingga ia selesai pada jam 10 malam," katanya.

Nama M Hitler Zami bukan asing lagi kerana mengarah puluhan drama termasuk filem. Antara drama popular arahannya, siri Ayoub yang dibintangi Iqram Dinzly.

Malah, anak kepada pelakon veteran Zami Ismail dari Ipoh, Perak itu memang antara pengarah yang menjadi rebutan produser drama dan filem ketika ini.

Kata Hitler, dia menerima tawaran membuat telefilem itu kerana tertarik dengan naskhah berat dan membabitkan kisah yang sering berlaku dalam masyarakat kita.

"Sebenarnya saya sudah serasi bekerja dengan GBSB tetapi sebab utama saya terima tawaran buat cerita ini kerana ia memang tanggungjawab sosial saya menghasilkan karya yang bagus dan memberi pengajaran kepada masyarakat.

"Jalan cerita Berkalung Noda menarik untuk diketengahkan dalam drama. Cerita ini memang sarat dengan mesej untuk disampaikan kepada masyarakat dan sebagai pengajaran buat mereka.

"Jika pasangan suami isteri mempunyai kelapangan, mereka sepatutnya tidak melakukan perbuatan dengan mengikut hawa nafsu semata-mata. Suami juga tidak sepatutnya memberi kepercayaan 100 peratus kepada isteri mereka," katanya.

Dari segi pemilihan pelakon pula, kata Hitler, ia diputuskan produser GBSB, Jalena Rejab. Katanya, dia tidak berdepan dengan cabaran besar sepanjang penggambaran telefilem ini kerana semua pelakon memberi komitmen di lokasi penggambaran.

"Pada pemerhatian saya, Fasha pelakon yang terlampau disiplin dan memudahkan kami bekerja. Saya juga ada pengalaman bekerja dengan Fasha sebelum ini dalam drama seperti Perigi Kontang dan saya sudah tahu cara dia berlakon.

"Fasha juga berani menegur sesuatu babak yang kami jayakan serta memberi pendapat matang ketika penggambaran telefilem ini.

"Selain Fasha, saya pernah bekerja dengan Riz yang membawa watak kekasih Karina dalam cerita ini iaitu dalam filem Janin yang sudah ditayangkan di pawagam. Riz juga memberikan prestasi lakonan seperti dikehendaki dalam wataknya," katanya.

Berkalung Noda menceritakan 3 tahun dulu, Karina hidup dalam kemewahan tapi berasa sunyi kerana suaminya, Azrai, jurutera eksplorasi petroleum dan gas, sering bertugas di luar Negara. Mereka dikurniakan dua anak, Yasmin dan Azmi, masing-masing berusia 7dan 8 tahun yang dijaga pembantu rumah.

Sekalipun hidupnya dilimpahi kemewahan, Karina tetap berasa hidupnya kosong. Ketika itulah, dia sering bersosial dan akhirnya bertemu dengan Jay, lelaki playboy dan sudah beristeri untuk mengisi kekosongan hidupnya. Jay pula sebenarnya suka mengikis duit perempuan untuk menambat hati isterinya, Tina.

Telefilem untuk slot Cerekarama dan disiarkan Sabtu ini, jam 10 malam dibintangi barisan pelakon hebat seperti Fasha Sandha (Karina), Roy Azman ( Azrai), Riz Ainudin (Jay), Elyana (Tina) dan ramai lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2011 10:43 PM | Show all posts
lame dah tak nampak elyana comel berlakon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2011 10:44 PM | Show all posts
anak pompuan takde iras muka mak pun. macam anak angkat je
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 11:15 PM | Show all posts
Reply 4# -MiAshi-

elyana makin cantik lps kawin huhu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2011 11:45 PM | Show all posts
serius anak dia x sama langsung ngan mak dia!!mak punyalah mengiurkan..anak mcm apa tah!!bagi lah cumil skit!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2011 11:46 PM | Show all posts
Best pulak dah nak ending ni. Suka tengok fasha berlakon. Berkesan sangat watak dia tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2011 11:47 PM | Show all posts
Reply 6# stryder_cats


   yup, tapi watak dia ciput sangatkan. Tak puas tengok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2011 11:48 PM | Show all posts
Reply 7# pobedah

Macam anak orang gaji pulak. Tapi nak samakan dengan orang gaji pun jauh betul muka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2011 11:50 PM | Show all posts
Sedap lagu tadi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2011 11:51 PM | Show all posts
Pergi Cinta - Audy

Terlambatku menyusuri jalan ini
Tersesat di saat kau menjauh
Terlambatku mengartikan cintamu
Kusadari setelah kau pergi
Berat hati menerima kehilanganmu
Tegarkan aku saat kau memilih dirinya

Pergi cinta lupakanlah aku cinta
Ku relakan akan dia.. ada dipelukmu
Pergi cinta.. hapus bayanganku.. cinta
bBahagiakan dia.. cinta
Sampai akhir waktu
Engkau bersamanya

Terlambatku memenangkan hatimu
Setelah kau menyerah padaku
Ku tak tau sampai kini kau berlalu
Tersadari dirimu selalu di hatiku

Berat hati menerima kekalahanku
Tegarkan aku kini kau menjadi miliknya

Pergi cinta lupakanlah aku cinta
Ku relakan akan dia.. ada dipelukmu
Pergi cinta.. hapus bayanganku.. cinta
bBahagiakan dia.. cinta
Sampai akhir waktu
Engkau bersamanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 11:57 PM | Show all posts
tgk promo mcm beh.. tp tak beh pn.. skrip ntah ape2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2011 11:57 PM | Show all posts
Mati sudah
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 11:58 PM | Show all posts
biler da sampai tengah ok.. towards the end mcm lambat lak nak abis..
jay tuh x kena tindakan aper2 ker..??ker aku terlepas apa2 scene berkenaan dier..??cuma tetiber muncul dier langgar si karina jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2011 11:58 PM | Show all posts
Cerita dia memang macam tak banyak skrip pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2011 12:00 AM | Show all posts
Reply 15# babycc

Memang tak tunjuk dia kena tindakan ape-ape. Just pegawai JAIS yang tangkap tu sebut pasal cepatkan cerai lebih kurang camtu. Cerita nie memang nak fokus kat Fasha je kot.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 12:01 AM | Show all posts
tgk promo mcm beh.. tp tak beh pn.. skrip ntah ape2..
fazila17 Post at 12-3-2011 23:57



   aku pon pk cam ko..watak mak bapak dier kat kg pon cam kalau xder pon x per.. skrip ada sket longgar.. watak julia ziegler pon cam tah haper2.. skadar nak panjangkan lg duration..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2011 12:01 AM | Show all posts
Pastu tak tunjuk pulak kehidupan ex-husband & anak-anak lepas kejadian tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 12:03 AM | Show all posts
Reply  babycc

Memang tak tunjuk dia kena tindakan ape-ape. Just pegawai JAIS yang tangkap tu seb ...
-MiAshi- Post at 13-3-2011 00:00



    tuh yg aku x faham..mamat nih cerai or fasha yg cerai??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.347681 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list