CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7191|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Rapatkan saf ketika solat, dapat ganjaran pahala'

[Copy link]
Post time 24-3-2024 04:21 PM | Show all posts |Read mode
'Rapatkan saf ketika solat, dapat ganjaran pahala'


Mac 24, 2024 @ 4:07pm



Gambar tular di laman sosial menunjukkan saf jemaah wanita yang lompong dan banyak ruang kosong antara satu sama lain di sebuah masjid.



GEORGETOWN: Umat Islam dituntut merapatkan saf ketika menunaikan solat berjemaah termasuk solat sunat tarawih supaya mendapat ganjaran pahala berlipat ganda, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau berkata, tuntutan itu tidak wajar diabaikan kecuali dalam keadaan terpaksa termasuk mengelak jangkitan penyakit seperti ketika COVID-19 melanda dunia sebelum ini.

"Contoh kejahilan yang merugikan antara lain adalah kedudukan saf tidak sama ketika menunaikan solat berjemaah, sedangkan saf yang betul amat dituntut dalam solat berjemaah sama ada fardu atau sunat," katanya.

Beliau mengulas mengenai gambar tular menunjukkan saf wanita yang mengikuti solat tarawih dalam keadaan lompong dan terputus saf.

Wan Salim berkata, terdapat beberapa hadis memerintahkan umat Islam merapatkan saf ketika solat berjemaah, justeru terdapat ulama berpandangan perbuatan itu adalah wajib.

Bagaimanapun, beliau berkata, jumhur ulama berpendapat tindakan ini sunat, manakala meninggalkannya adalah makruh.

"Ini kerana dalam hadis dinyatakan bahawa menyamakan saf adalah termasuk dalam kesempurnaan solat tetapi tidak membatalkannya," katanya. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.061919 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list