CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8324|Reply: 0

[Johor] 'Saya nampak jual kereta saja jalan bantu anak'

[Copy link]
Post time 24-3-2024 01:24 PM | Show all posts |Read mode

BMW E39 milik Erwan Shah yang hendak dijual dengan harga RM18,000. (Gambar kanan) Keadaan Muhammad Adif Zafran yang menghidap barah usus dan kini menerima rawatan di HSA, Johor Bahru. FOTO ihsan Erwan Shah Mohd Asen

Kulai: "Kereta boleh cari tapi nyawa tiada ganti malah tak ada dijual di kedai," kata Erwan Shah Mohd Asen dari Felda Inas, di sini, yang berhasrat menjual kereta kesayangan demi mencari dana bagi menampung kos rawatan anaknya, Muhammad Adif Zafran, 16, yang menghidap barah usus tahap satu.

Erwan Shah, 43, yang bekerja sebagai mekanik bercadang menjual kereta model BMW E39 itu dengan harga RM18,000 dan memuat naik hantaran di Facebook (FB) bagi mencari pembeli serius kerana mahu wang segera.

"Kereta itu sudah ada dengan saya sejak hampir lima tahun lalu cuma jarang digunakan melainkan kalau berjalan jauh.

"Saya beli dengan harga lebih RM30,000 tapi nak jual RM18,000 kerana doktor sudah minta sediakan duit memandangkan ubat kemoterapi saja dianggarkan mencecah RM50,000.


"Tak tahu macam mana nak dapat duit sebanyak itu jadi pagi semalam, saya muat naik hantaran di FB untuk jual kereta dan memang ramai PM (hantar kiriman mesej).

"Salah seorangnya dari Sabah yang katanya minat cuma masalahnya dia tinggal jauh dan kini, saya masih mencari lagi pembeli yang serius," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berkongsi mengenai keadaan anaknya, Erwan Shah berkata, anak sulungnya sudah tiga kali menjalani kemoterapi dan berat badannya juga bertambah susut.

"Adif jalani kemoterapi di Hospital Ampang dan balik ke Johor ingatkan okay tapi doktor kata sel kanser sudah membesar.

"Baru-baru ini, Adif macam kena strok di rumah dan mujurlah sempat bawa dia ke hospital.

"Sudah dua minggu Adif di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan buat masa ini, isteri (Nur Hidayah Md Zam, 39,) bantu jaga di wad kerana saya bekerja dan perlu juga bawa anak lain ke tempat kerja kerana tiada siapa nak jaga," katanya.

Menurutnya, hatinya dan isteri luluh mengenangkan keadaan anak dan sentiasa berdoa semoga Allah SWT memberi kesembuhan buatnya.

"Sedih tapi ini yang dinamakan takdir Tuhan, jadi sebagai bapa, saya kena ikhtiar untuk bantu anak.

"Bukan nak meminta tapi kalau tak cuba, saya tak tahu. Saya nampak jual kereta itu saja jalannya sekarang kerana pendapatan bulanan pun tak tentu malah ada tanggungan bayar rumah sewa selain menyara keluarga," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membeli kereta berkenaan boleh menghubungi Erwan Shah di talian 017-7033210.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ja-jalan-bantu-anak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.142655 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list