|
Seekor anak gajah mati dilanggar lokomotif keretapi di kilometer 679.50 antara Renggam - Mengkibol, Kluang Johor kira kira 8 malam tadi. Foto ihsan polis
Kluang: Anak gajah mati dilanggar kereta api di Kilometer 679.50 antara Renggam ke Mengkibol, kira kira 8 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, akibat kejadian lokomotif kereta api itu rosak dan gagal bergerak.
Menurutnya, ketika kejadian, 70 penumpang berada di dalam gerabak dan kereta api itu dalam perjalanan dari Johor Bahru Sentral ke Gemas.
"Semua penumpang selamat dan empat pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ke lokasi sebaik dimaklumkan serta mengambil tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, lokomotif gantian yang tiba pada 10.40 malam segera disambung pada gerabak untuk membolehkan perjalanan diteruskan.
"Pemeriksaan ke sekitar kawasan kejadian mendapati pagar sempadan di landasan kereta api telah rosak akibat dirempuh dua ekor gajah," katanya yang memberitahu bangkai anak gajah itu dialih sebelum ditanam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ilanggar-kereta-api |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|