CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9639|Reply: 0

[Perak] Lelaki rentung dalam kebakaran kereta terbabas

[Copy link]
Post time 24-3-2024 10:20 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang rentung dalam kebakaran di Kilometer 23.5, Jalan Changkat Jong-Bidor dekat Kampung Ayer Hitam, Teluk Intan, hari ini. - IHSAN JBPM PERAK

TELUK INTAN – Seorang lelaki rentung selepas kereta dipandunya terbabas lalu terbakar di Kilometer 23.5, Jalan Changkat Jong-Bidor dekat Kampung Ayer Hitam, di sini sebentar tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 9.29 malam.

Menurut beliau, setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi marak terbakar membabitkan kemusnahan 80 peratus.

“Satu mayat rentung ditemui di dalam sebuah kereta yang musnah dijilat api. Identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti ekoran dokumen pengenalan dirinya musnah terbakar.

“Operasi pemadaman tamat pada pukul 11.27 malam manakala mayat mangsa diserah kepada pihak polis,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... an-kereta-terbabas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.050784 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list