CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sekngucing

[2012] BUNOHAN [LAKONAN FAIZAL HUSSEIN , AIDIL ZAHIRIL ADZIM]

  [Copy link]
Post time 6-3-2012 02:26 PM | Show all posts
Reply  takeshi_anwar

ada subtitle melayu tak?
dauswq Post at 6-3-2012 11:35



Ada subtitle Melayu dan BI.

Forumer atas ni : Khamis ni baru nak keluar ler... 8Mac 2012. Aku tgk masa premier hari tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2012 04:14 PM | Show all posts
of koslah ada uolss........................kalo x ada subtitle camne nak phm.. malaysia kan bkn malaysian
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 05:08 PM | Show all posts
movie melayu macam ni la yg aku tunggu.........
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 08:34 AM | Show all posts
Ya boleh kata 100% kelantan.. sikit je BM standard masa Pekin cakap kat talipon je.
takeshi_anwar Post at 6-3-2012 09:15 AM



    nasib ada sub
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 09:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by takeshi_anwar at 7-3-2012 09:09
nasib ada sub
eddlisa_uyuk Post at 7-3-2012 08:34


INFO dari page BUNOHAN :


Semua panggung ada BM subtitle.
Only Pavillion, Mega Mall & Sunway Pyramid will have BM AND ENGLISH subtitle.




Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 09:24 AM | Show all posts
INFO dari page BUNOHAN :


Semua panggung ada BM subtitle.
Only Pavillion, Mega Mall & Sunwa ...
takeshi_anwar Post at 7-3-2012 09:07 AM



    TQ utk info....ingatkan smua panggung ada english sub. Ingat nak ajak member foreign tgk skali, kang salah pilih panggung menganga lah diorang nak paham....hihi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2012 09:52 AM | Show all posts
azroy come back!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 11:40 AM | Show all posts
TQ utk info....ingatkan smua panggung ada english sub. Ingat nak ajak member foreign tgk s ...
cmf_GAIA Post at 7-3-2012 09:24


Welcome. Tapi kenapa pawagam tertentu aje ada BI subtitle erk.. Pelik, xleh ke subtitle BI tu kat semua 'filem' tu? Erm....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2012 12:00 PM | Show all posts
aku cadang nak tgk esok
kalau boleh skip kerja
ekekekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 10:56 AM | Show all posts
Bunohan, Ada Semangat Di Sebalik Kelir

                      8 Mar 2012, 03:22am   |        sultanmuzaffar  |           Utama >       HIBURAN >       ULASAN >


        
                                                                                                                                                                                                
          Kongsi Article Ini:
       
5     Share14     

   

   
        
Setelah sekian lama pemikiran penonton filem Melayu berada di zon selesa, filem arahan Daid Said, Bunohan bakal merubah kelesuan tersebut. Pemikiran takuk lama peminat filem Melayu bakal digegarkan dengan ideologi pembikinnya dalam satu ujian minda yang berlatarkan sebuah perkampungan gersang di Kelantan iaitu Bunohan. Bunohan nyata berbeza apabila menampilkan lakonan penuh berkarisma, visual sinematografi dengan tangkapan artistik, kualiti pengarahan seni penuh simbolik dan disulam garapan bijak sang sutradaranya.

Bunohan menawarkan suatu makanan yang segar pada menu tawar yang selama ini dihidangkan kepada penonton. Bunohan berada pada taraf yang berbeza dan tidak salah sekiranya GUA katakan filem ini setaraf Jogho dan Kaki Bakar arahan U-Wei Haji Shaari lebih sedekad yang lalu.

Bunohan mengisahkan keruntuhan hubungan kekeluargaan tiga beradik, Adil (Zahiril Adzim), peninju tomoi yang melarikan diri dari gelanggang tinju di Thailand sebelum menyembunyikan diri di kampung halamannya; Bakar (Pekin Ibrahim), guru yang juga ahli perniagaan licik merancang strategi mahu menjual tanah milik keluarga bagi dibangunkan sebuah pusat peranginan; dan Ilham (Faizal Hussein), pembunuh upahan ganas penuh misteri yang lebih 20 tahun meninggalkan kampungnya. Bertemu di Bunohan, mereka terperangkap dan sesat dalam agenda masing-masing.



Menariknya Bunohan apabila visual yang digambarkan di layar perak mengukuhkan jalan cerita dan kekuatan serta karisma setiap perwatakan. Tangkapan artistik tetapi penuh makna dilakukan Charin “Tong” Pengpanich, sinematografer dan petugas belakang kamera untuk filem terkenal dunia, Tropical Malady dan Uncle Boonmee Who Can’t Recall His Pass Lives, masing-masing pemenang trofi di festival berprestij Festival Filem Cannes.

Bunohan sangat gelap pada visualnya. Gelap yang memaparkan sisi hitam pada watak masing-masing. Paya bakau yang suram, lalang hijau, sungai kusam, arakan awan hitam dan ombak keras berpasir menambah kegelapan dan kegersangan kampung yang cukup kontang pada visualnya. Mise-en-scene dalam filem ini akan terus kekal menjadi rahsia pengarah tetapi ia menjadi hak penonton untuk menafsirkannya.



Harus diingat, kegelapan itu semuanya bermakna kerana ceritanya sebegitu. Namun, adegan yang paling sukar untuk GUA lupakan pastinya sewaktu babak pertama filem ini. Berlatarkan di tepi pantai, Bakar memerhatikan pelan pembangunan pusat peranginan sebelum seorang kanak-kanak berlari dan akhirnya jatuh tersungkur. Tubuhnya disalut darah. Dia berlari dan disorot  ke kelir wayang kulit dengan kesan torehan sebelum imej kanak-kanak itu berlari dirakam di sebalik torehan tersebut. Ia sudah cukup untuk menceritakan keseluruhan cerita yang ingin disampaikan dalam filem ini.

Diadun dialog pintar yang sepenuhnya menggunakan dialek Kelantan, penonton sekali sekala disuntik elemen jenaka bukan buatan dan dalam waktu yang sama harus tangkas mentafsir metafora yang mahu disampaikan. Ada cerita dalam cerita pada Bunohan yang dimasukkan tanpa sedar. Sebaiknya Bunohan ditonton dengan minda yang bersedia lagi terbuka untuk menyelami lapisan-lapisan tersirat yang disampaikan baik menerusi dialog mahu pun visual. Perhatikan babak selepas Ilham diurut batin dan skrin televisyen yang menguasai ruang layar.



Adegan pada setiap babak disatukan dengan cukup baik, walaupun adakalanya kelihatan seperti suntingan yang tidak kemas sebaliknya ia adalah idea pengarah untuk membawa ideologinya kepada penonton dalam satu alam lain bagi membuka ruang mitos serta misteri. Sama seperti mimpi-mimpi yang kita alami setiap malam dalam tidur kita. Ia datang saat pejam dan tatkala celik, ia hilang. Manakala bagi penonton yang pernah menonton drama arahan Dain, "Senandung Malam" dan klip video 8 minit dari filem Dukun di YouTube, pastinya sedar ia adalah auteur pengarah itu yang cukup gemar bermain dengan imej grafik dan visual di bawah sedar.

Harus diingat, Bunohan bukan sekadar kisah sekelompok masyarakat dalam kehidupan sebuah kampung tersebut, malah melangkaui lebih daripada isu biasa yang sering melingkari mereka. Selain elemen kekeluargaan dan budaya (wayang kulit dan main puteri) yang cukup kuat semangatnya dalam filem tersebut, Bunohan turut memaparkan kejelekan politik dan senario perfileman negara (saya mengelak untuk memberikannya secara jelas) secara tersirat untuk penonton kelas pertama. Amati dialog pelakon dan gambaran visual yang ditampilkan kerana penggunaan Pohon Beringin dalam wayang kulit ada maknanya.

Mungkin ada penonton yang datang menyaksikan Bunohan semata-mata kerana aksi tomoinya, boleh saya katakan mereka pastinya akan kecewa kerana babak yang melibatkan adegan lasak tidak begitu panjang. Namun ia bukan persoalan besar kerana isu budaya, kekeluargaan, pengkhianatan, kesetiaan dan penipuan saling berkait bagi merungkai permasalahan sebenar dalam filem tersebut juga mampu melonjakkan adrenalin anda (terutamanya kepada Bakar).



Di aspek lakonan, GUA merasakan Faizal Hussein sebagai Ilham cukup berat wataknya. Bayangkan bagaimana seorang pembunuh upahan perlu berdepan dengan Adil, adiknya sendiri dan dalam waktu yang sama dia cuba mempertahankan kubur ibunya dari dibongkar oleh adik tirinya, Bakar demi sekeping tanah untuk dibangunkan. Konflik perasaan dan jiwa yang dihadapi Ilham diperkuatkan lagi dengan visual yang cukup menggambarkan sisi perwatakannya yang gelap berlatarkan ombak besar, bayang cahaya bulan, gumpalan awan hitam dan wajah bersalut peluh jantan yang tidak pernah henti menitis.

Begitu juga Pekin yang luarannya nampak baik tetapi kelicikannya sangat bersebab. Sementara Adil, yang sedar dia menjadi buruan abangnya sendiri berada dalam dilema untuk mengetahui asal-usulnya sendiri. Hubung kait ketiga-tiga watak dalam penceritaan yang tersendiri diolah oleh pengarah dengan cukup berkesan.



Menambah kegelapan Bunohan adalah bapa mereka, Pok Eng (Wan Hanafi Su), tok dalang yang masih berpegang teguh pada budaya wayang kulitnya serta hubungan dengan isterinya Mek Yah lakonan penuh dramatik yang telah dibawakan oleh Tengku Azura. Kelibat Tengku Azura, primadona Mak Yong pada penghujung cerita merungkai setiap persoalan yang melibatkan mitos buaya putih dan misteri semangat pada seorang budak, anak jiran mereka.

Secara keseluruhannya, Bunohan boleh GUA anggap sebagai filem terbaik yang pernah dihasilkan untuk tempoh dua dekad. Filem sebegini sewajarnya dibawa merentas sempadan. Siapa tahu, satu hari kelak filem terbitan tempatan juga mampu menggenggam trofi Oskar, meneruskan laluan yang pernah dirintis filem terbitan Enfiniti, Puteri Gunung Ledang.

Dibintangi oleh Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim serta dibantu Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Nam Ron, Tengku Azura, Bront Palarae, Soffi Jikan dan Hushairy Hussain, filem Bunohan bakal ditayangkan kepada umum mulai 8 Mac ini.


Sinopsis : Bunohan  diolah dan berkisar mengenai penipuan, pengkhianatan dan perhubungan  kekeluargaan yang disemarakkan dengan darah dan mitos.


Genre : Drama/Aksi


Festival : Festival Filem Antarabangsa Toronto, Anugerah NETPAC Festival Filem Golden Horse Taipei, Festival Filem Antarabangsa Rotterdam

Kos : RM1.81juta


Penerbit : Apparat Sdn. Bhd.


Pelakon : Zahiril Adzim, Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Wan Hanafi Su, Bront Palarae, Namron,
Soffi Jikan, Hushairy Husin, Amerul Affendi, Tengku Azura


Facebook/Twiiter : www.facebook.com/Bunohan @Bunohan_Movie


Rating : 4.5/5
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 12:45 PM | Show all posts
Reply 90# sultanmuzaffar

wow!!4.5 out of 5...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 02:36 PM | Show all posts
aku harap filem ni menang major awards dlm Festival Filem Msia thn ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 03:32 PM | Show all posts
aku tengok filem ni tadi.memang best gilaaaaa.tapi siapa budak tu ha?sedikit terganggu konsentrasi sebab bawak dua orang kawan yang tak biasa tengok filem2 berat gini..semua bende dia nak tanya..last2 keluar diorang kata "aku da cuba letakkan diri dalam mode seni habis tapi aku tak paham jugak citer bunohan apa besnye,kenapa ending dia takde pengajaran?"..aku jawab camni je "kau nak ending bes2,cerite BES bagi kau gi tengok Adnan sempit 2 tuh"...marah betul dia lepas tu.ahhaahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 03:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by takeshi_anwar at 8-3-2012 15:50
aku tengok filem ni tadi.memang best gilaaaaa.tapi siapa budak tu ha?sedikit terganggu konsentrasi s ...
izat123 Post at 8-3-2012 15:32

Lawak statement kawan ko tu.... hahahahahhaa

Spoiler :

Budak tu jiran Pok Eng, cuma yg last2 tu aura Pok Eng masuk ke dalam diri budak tu (hanya ilusinasi). Budak tu kan lebih appreciate wayang kulit dari 3 org anak2 dia tu dan budak tu paling rapat dgn Pok Eng yg xde kwn sgt tu. pandangan aku lah. Penonton boleh interpret macam2. Aku akan tgk 2nd time utk bagi paham lagi keseluruhannya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 03:49 PM | Show all posts
Reply 94# takeshi_anwar

samalah.kene tgk second time.bnyk metafora2 bende2 tersirat yang aku terlepas pandang tadi.ahaha.filem camni mmg kene tgk berkali-kali bak kada fadz tontonfilem tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 04:51 PM | Show all posts
Tak rugi aku tengok BUNOHAN.... Ini baru nama filem... Tp untuk sesetengah golongan jer yg layan filem mcm ni. Apa pun aku harap filem ni menang award nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2012 05:51 PM | Show all posts
insyaallah saya akan menonton filem hebat ini pada petang nanti.

doakan kesejahteraan saya iya,
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 10:30 PM | Show all posts
arap menang besar.............................jgn tarap pprt jah menang besar nti..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 11:16 PM | Show all posts
insyaallah saya akan menonton filem hebat ini pada petang nanti.

doakan kesejahteraan saya iya,
Changa Post at 8-3-2012 05:51 PM



    semoga kaka dapat menikmati filem Bunohan dgn tenang tanpa gangguan penonton mentaliti pprt.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 11:38 PM | Show all posts
Utk elak penonton pprt amat payah. Seingat saya saya tgk cerita Yasmin sahaja yang boleh di katakan penonton amat makmur.

Setelah menonton filem ini memang iya cerita ini bukan untuk penonton mainstream karena cerita ini banyak kiasan bukan cerita girang tepuk tgn hero heroin bercantum di akhir cerita etc.

Saya amat menyukai sinematografi filem ini, rasanya paling hebat dlm banyak movie lokal yg saya pernah nonton. Pilihan lokasi juga amat pandai, kamu tidak boleh identify kan lokasi itu dengan tanah air sebegitu. Saya tahu some scenes dalam cerita itu di shot tidak jauh drp perkampungan saya. Hampir keseluruhan filem itu berlokasi perkampungan tidak jauh drp pantai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 1.375927 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list