CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sekngucing

[2012] BUNOHAN [LAKONAN FAIZAL HUSSEIN , AIDIL ZAHIRIL ADZIM]

  [Copy link]
Post time 1-3-2012 11:56 AM | Show all posts
Aku dah tengok tayangan perdana malam tadi 29 Feb 2012 (sekali dlm 4 tahun tuuuuuu) :

1. 99% dial ...
takeshi_anwar Post at 1-3-2012 09:30



kalo pelem2 camni konfom kutipan pun tahap sedu sedan jek..pelem heavy byk berpikior ni org kita maleh mau tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2012 02:38 PM | Show all posts
pergh trailer die...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 05:56 PM | Show all posts
iols akan tgk.. mls dah nak nonton cerita sampah.......

arap2 kutipan x sendu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 07:37 PM | Show all posts
[quote[size=14.1667px]4. Jangan expect filem ni dipenuhi aksi2 muay thai/kickboxing atau bunuh-bunuhan. Hanya 20%-30% saja.
takeshi_anwar Post at 1-3-2012 09:30 [/quote]

bagus.ini yg aku nak dengar.sbb aku mmg pengemar filem bergenre drama.tapi mcm mane pulak dgn pelakon?siapa yg yg paling menonjol dan terkesan lakonan nya?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 09:33 PM | Show all posts
Akan ke pangung next week
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 09:55 PM | Show all posts
[quote4. Jangan expect filem ni dipenuhi aksi2 muay thai/kickboxing atau bunuh-bunuhan. Hanya 20%-30 ...
alesandra Post at 1-3-2012 19:37


Semua best2 lah..pelakon lelaki semua mantap2 beb. Faizal Hussein the best then Pekin.. Zaharil not bad...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2012 08:25 AM | Show all posts
faizal husin nih kalo watak dark mmg menjadi kan.......................


baca twit sh.amani die twit bergambar dgn brilliant faisal husin. tp tulah.muka die jarang kuar tv faizal husin so adakah faizal husin berada dalam kelas a punye artis?? berdasarkan performance beliau dalam bunohan
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 09:30 AM | Show all posts
nampak gaya bunohan memang bagi impak yang besor .. cter pasal die kadang2 mngacau pilem lain buat promosi katernyer... but i bet bunohan is a karya seni la..
Oleh: Murai Batu | | 3/1/2012 12:00:00 AM







Teks Oleh Kheme Rosly
Khemerosly@yahoo.com
KUALA LUMPUR, 1 MARCH 2012: Setelah sekian lama namanya disebut-sebut, filem Bunohan bakal menemui penonton di panggung seluruh negara bermula 8 Mac ini.
Semalam telah berlangsungnya majlis tayangan perdana filem tersebut telah diadakan di TGV Suria KLCC.
Filem arahan Dain Said yang telah mendapat pengiktirafan di arena antarabangsa itu, mengisahkan tiga orang adik-beradik lelaki yang terpisah bagaimanapun mempunyai agenda masing-masing.
Dalam sidang media tayangan perdana berkenaan, Dain berkata, kesemua kejayaan yang diraih filem ini bukanlah sekadar kejayaan peribadinya semata-mata, sebaliknya berbangga kerana dapat mengangkat nama Malaysia.
Jelas Dain lagi, melalui filem berkenaan dia mahu menyampaikan mesej mengenai sifat keganasan yang dimiliki kaum lelaki.
Malah katanya, dia mahu merungkai kisah di sebalik penipuan, pengkhianatan dan perhubungan kekeluargaan yang diadun bersama darah dan mitos.
"Walaupun sudah membuka mata orang luar, namun saya mahu masyarakat tempatan sendiri menontonnya.
"Bagi saya, sehebat mana pun filem tersebut diangkat di pentas antarabangsa tetapi jika bukan orang tempatan sendiri yang menilai tiada gunanya. Saya juga ingin tahu bagaimana reaksi penonton tempatan dengan karya dan cara penyampaiannya ketika bercerita," katanya.
Dibarisi pelakon berkaliber seperti Faizal Hussien, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim sebagai teraju utama, Bunohan turut dibantu Bront Palarae, Soffi Jikan, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Jimmy Lor dan Tengku Azura.
Lebih menarik, Universal Pictures telah bertindak sebagai pengedar filem Bunohan di beberapa benua lain diseluruh dunia.
Filem ini juga telah membuat tayangan perdananya di pentas antarabangsa seperti Festival Antarabangsa Toronto dan Anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horse.
Festival Filem Antarabangsa Rotterdam juga telah menayangkan filem ini sebagai tayangan perdana Eropah pada Januari lalu.
Tayangan perdana Bunohan telah dihadiri lebih 50 orang selebriti yang nampaknya memberi sokongan tak terhingga kepada filem tempatan.
Antara selebriti terkenal yang hadir ialah Datuk Sheila Majid, Amy Search, Kavita Sidhu, Melissa Saila, Sofia Jane, Fazura, Sharifah Amani dan tidak ketinggalan pengarah tempatan seperti Ahmad Idham, Shuhaimi Baba , U-Wei Hj Shaari serta Raja Azmi.
Sebuah filem yang penuh dengan kisah dan mesej tersirat dan bagi anda peminat filem tempatan yang dahagakan karya baru, Bunohan bisa membuka selera baru anda untuk terus menyokong industri perfileman tempatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2012 09:43 AM | Show all posts
Serbulah panggung beramai-ramai....

satu pengalaman baru menanti anda....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 10:08 AM | Show all posts
Aku dah tengok tayangan perdana malam tadi 29 Feb 2012 (sekali dlm 4 tahun tuuuuuu) :

1. 99% dial ...
takeshi_anwar Post at 1-3-2012 09:30



Dari segi lakonan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 01:25 PM | Show all posts
pd aku...filem nie filem berat...which is memerlukan konsentrasi...jarang aku layan filem2 berat mcm nie...tp next week aku akan pastikan aku g tgk
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 09:45 PM | Show all posts
kalo pelem2 camni konfom kutipan pun tahap sedu sedan jek..pelem heavy byk berpikior ni org ki ...
kecimpret Post at 1-3-2012 11:56

cuba la cabar diri kite tgk pilem mcm ni kan... bkn layan pilem adnan sempit
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 09:49 PM | Show all posts
pd aku...filem nie filem berat...which is memerlukan konsentrasi...jarang aku layan filem2 berat mcm ...
mimi77 Post at 2-3-2012 13:25

aku ade baca satu blog... konflik adik beradik dlm filem ni dibaca sbg konflik politik melayu.... filem mcm file jogho uwei la kot... dialek kelantan sepenuhnya.... ade sindiran terhdp org politik... poltik umpama gelanggang laga lembu.... bleh dibaca mcm kes nfc...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 09:48 PM | Show all posts


CERITA dari mulut ke mulut, paparan media dan sembang dalam laman sosial menjadi rujukan utama mengukur tahap keterujaan pencinta filem Bunohan. Reaksi positif serta pujian melambung daripada penggiat industri, para selebriti, peminat filem dan dunia seni memberi petanda, bahawa karya Dain Said akan menjadi satu fenomena.

Menemui penonton pada malam gala yang berlangsung 29 Februari lalu, tidak keterlaluan kalau Bunohan dikatakan mencetus 'demam filem', satu perkara yang jarang berlaku kepada industri perfileman tanah air. Mungkin ia pernah berlaku kepada filem epik Puteri Gunung Ledang (PGL), tetapi kehangatan PGL tidak setanding Bunohan memandangkan ketika itu, Facebook dan Twitter tidak wujud seperti hari ini.

Dalam ratusan tweet yang menjadikan Bunohan mencapai trending popular, Adibah Noor pula menulis: "Belajarlah dan tontonlah Bunohan."

Sebelum disaksikan sendiri sekelompok penonton termasuk pihak media yang dalam senarai jemputan, Bunohan terlebih dahulu dipanaskan oleh penghormatan orang filem dari luar negara.

Ia mendapat penghormatan apabila dijemput mengisi tayangan perdana antarabangsa pada Festival Filem Antarabangsa Toronto, September lalu. Menyusul pada Oktober 2011, Bunohan mendapat diangkat sebagai penerima Anugerah Netpac (Rangkaian Promosi Filem Asia) di Festival Filem Taipei Golden Horse.

Mendapat kontrak pengedaran di bawah syarikat pengedaran antarabangsa, Universal Pictures, terbaru Bunohan diberi sanjungan pula tayangan perdana di Eropah sempena Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) yang berlangsung Januari lalu.

Pencapaian-pencapaian itu cukup untuk membakar kesedaran umum, khususnya peminat filem tempatan untuk berkobar-kobar menunggu tayangan Bunohan di tanah air sendiri. Ia dilabel bukan sembarangan filem Melayu kerana jauh keluar dari kepompong filem Malaysia.

Ulasan Bunohan terlebih dulu ditulis media luar negara dan tersiar dalam portal ulasan hiburan antarabangsa seperti Variety.com dan The Hollywood Reporter. Menariknya, ia berjaya mendapat penilaian yang sangat positif manakala Faizal Hussien yang membawa watak pembunuh upahan mendapat jolokan Jack Palance Malaysia oleh John Anderson dalam Variety.com.

Pengarah tersohor, U-Wei Saari turut memuji Bunohan, katanya: "Bunohan sebuah filem yang hebat, saya bangga dengan Dain."

Dalam tinjauan sebuah laman kaji selidik mengenai trending popular di Twitter, Topsy.com menyenaraikan sejak 30 hari lalu, trending Bunohan mencapai sebanyak 67 halaman sehingga petang Jumaat lalu.Tidak termasuk luahan-luahan yang diulang tweet, trending Bunohan dibicarakan lebih 1,000 kali oleh pemilik akaun Twitter.

Menuju beberapa hari sebelum tayangan pada 8 Mac ini, Bunohan didefinisikan ramai sebagai filem tempatan yang akan membuka mata dunia. Mengangkat martabat filem Melayu yang selama ini jarang diberi perhatian sejagat.

Bunohan berkisarkan penipuan, pengkhianatan dan perhubungan kekeluargaan yang disemarak oleh darah dan mitos. Tiga beradik, Ilham seorang pembunuh upahan, Adil peninju Muay-Thai serta Bakar seorang guru yang masing-masing ada haluan berbeza. Ia digerakkan lakonan cemerlang oleh pelakon berkaliber termasuklah Faizal Hussien, Zahiril Adzim, Bront Palarae, Pekin Ibrahim, Namron, Shoffi Jikan serta Wan Hanafi Su.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 01:53 PM | Show all posts
mantap.. ini yang aku tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 03:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2012 12:40 AM | Show all posts
Aku dah tengok tayangan perdana malam tadi 29 Feb 2012 (sekali dlm 4 tahun tuuuuuu) :

1. 99% dial ...
takeshi_anwar Post at 1-3-2012 09:30 AM



    dialeg kelantan byk??? huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 09:15 AM | Show all posts
dialeg kelantan byk??? huhuhuhu
eddlisa_uyuk Post at 6-3-2012 00:40


Ya boleh kata 100% kelantan.. sikit je BM standard masa Pekin cakap kat talipon je.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 11:35 AM | Show all posts
Reply 78# takeshi_anwar

ada subtitle melayu tak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 12:43 PM | Show all posts
Hmmm...Dah tayang ker blom ke? Adehhh...Terlepas la pulak nak menontonnya...Hopefully ada DVD utk filem ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.113064 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list