CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7297|Reply: 0

Ambil pengajaran kesilapan Birmingham

[Copy link]
Post time 24-3-2024 10:06 AM | Show all posts |Read mode

BIRMINGHAM diisytiharkan muflis selepas setahun penganjuran Sukan Komanwel 2022 ekoran kegagalan mempunyai perancangan terperinci.

KEPUTUSAN Kerajaan Malaysia untuk tidak menerima tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 dianggap sebagai satu tindakan tepat.

Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias berkata, kerajaan telah membuat keputusan yang berhemah selain mengambil kira semua perkara termasuk risiko serta tekanan kewangan negara yang mungkin ditanggung sekiranya tidak melakukan perancangan terperinci.

Katanya, Birmingham yang menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2022 telah menerima kesan apabila bandar kedua terbesar di United Kingdom itu diisytiharkan muflis setahun selepas penganjuran temasya berkenaan.

“Penghargaan kepada kerajaan kerana telah membuat keputusan berhemah dan mengambil kira semua perkara termasuk risiko kewangan yang mungkin kita akan hadapi sekiranya menganjurkan Sukan Komanwel 2026 itu tanpa perancangan terperinci.

“Mengambil kira apa yang berlaku pada Birmingham yang menganjur temasya sukan itu empat tahun sekali itu pada tahun 2022 tanpa perancangan rapi dan tergesa-gesa dan telah mengakibatkan mereka diisytiharkan muflis.

“Bagi saya, keputusan yang dibuat kerajaan ini adalah amat tepat dan saya dapat merasakan bahawa kepuutsan ini amat dialu-alukan seluruh rakyat malaysia,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di ibu negara semalam.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah Malaysia boleh mempertimbangkan semula tawaran tersebut sekiranya CGF menawarkan menganjurkannya pada 2030.

“Sekiranya kita diberikan tawaran pada masa akan datang, Malaysia boleh mempertimbangkan untuk menganjurkan temasya itu, tetapi dengan syarat kita perlu meneliti kontrak antara negara dan CGF, supaya adil pada negara kita dan juga perlu mengambil kira pada waktu itu sama ada Sukan Komanwel masih relevan atau sebaliknya,” katanya.

KBS menerusi kenyataan kelmarin telah mengumumkan Malaysia menolak tawaran menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 selepas berakhirnya Mesyuarat Jemaah Menteri dengan meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... silapan-birmingham/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.047818 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list