CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12529|Reply: 1

[Selangor] 'Terima kasih atas bantuan, saya akan bangkit semula'

  [Copy link]
Post time 23-3-2024 04:13 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMMAD mencari rezeki dengan menjual kuih di bazar Ramadan Seksyen 18, Shah Alam. (Gambar kanan) Toyota Avanza Mohammad terbabit kemalangan dengan kuih bertaburan di jalan raya. FOTO ihsan Mohammad Mohamad Zukeri

Klang: "Terima kasih atas sumbangan diberikan. Bantuan kewangan itu amat membantu saya untuk bangkit semula," kata peniaga kuih, Mohammad Mohamad Zukeri.

Mohammad, 33, berdepan ujian Rabu lalu apabila Toyota Avanza dipandunya terbalik selepas merempuh pokok ketika dalam perjalanan ke bazar Ramadan di Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.

Keadaan itu menyebabkan Mohammad mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Shah Alam.

Kuih jualannya juga bertaburan di jalan raya akibat insiden berkenaan dan kisah Mohammad mendapat perhatian selepas tular gambar serta video menunjukkannya menjawab pertanyaan dengan pandangan kosong.

Riak wajah Mohammad itu mengundang simpati netizen yang sedih mengenangkan nasib lelaki berkenaan diuji dalam Ramadan.

Berkongsi kisah, Mohammad berkata, kemalangan berlaku ketika dia berseorangan dan terbabas kerana mahu mengelak daripada merempuh sebuah motosikal.

"Akibat kejadian itu, hidung saya terhantuk dan tangan pun luka kerana cedera namun Alhamdulillah, saya selamat.

"Cuma kenderaan saya sudah 'total loss' (rosak sepenuhnya) dan nak tunggu dapat tuntutan wang daripada insurans mungkin lambat lagi.

"Buat masa ini, saya berehat dulu kerana tak ada kenderaan nak cari rezeki dan terima kasih kepada yang menyumbang.

"Hanya Allah SWT dapat membalasnya dan mudah-mudahan saya ada rezeki beli kereta baharu kerana perlu keluar cari rezeki," katanya yang sudah 10 tahun berniaga di bazar Ramadan ketika dihubungi Harian Metro.

Sementara itu, isterinya, Masnila Rasoki, 38, berkata, dia berada di rumah ketika kejadian dan terkejut selepas menerima panggilan memaklumkan mengenai keadaan suaminya.

"Saya tak kerja, waktu kejadian di rumah sedang jaga anak yang baru berumur setahun.

"Gelap rasanya dunia selepas dapat berita maklumkan suami kemalangan.

"Mujur dia selamat dan jujurnya terharu sangat apabila ramai tolong hingga tak tahu nak kata apa.

"Bantuan itu memang meringankan sangat beban kami untuk bayar sewa rumah juga bil api dan air kerana jika tidak, tak tahu macam mana memandangkan anak masih bersekolah. Tak lama lagi pula nak raya," katanya yang sebelum ini membantu membuat kuih untuk dijual di bazar Ramadan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... akan-bangkit-semula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 05:51 PM | Show all posts
Semoga dipermudah segala urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.057980 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list