CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4686|Reply: 0

[Kedah] Syawal teristimewa buat Ramadhan

[Copy link]
Post time 23-3-2024 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Syawal teristimewa buat Ramadhan

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

23 Mac 2024 07:18am








Ramadhan (kanan) menunjukkan sijil warganegara Malaysia diterimanya sambil ditemani ibu saudaranya, Sobihah pada program Mekar di Masjid An-Nur pada Jumaat.




POKOK SENA - Kedatangan Syawal kali ini amat bermakna buat Muhammad Ramadhan Abdullah, 21, apabila menyambut Aidilfitri sebagai warganegara Malaysia.

Menurut Ramadhan, dia bersyukur kerana akhirnya menerima khabar gembira dan mendapat status warganegara pada bulan yang mulia ini.



Ramadhan juga menyifatkan sijil kerakyatan diterima daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail adalah hadiah Aidilfitri teristimewa dalam hidupnya.

"Saya menerima panggilan telefon pada Jumaat lepas memaklumkan akan menerima sijil warganegara Malaysia.



"Bulan Ramadan ini tercapai hasrat saya dan Syawal kali ini memang lain dan amat bermakna kepada saya," katanya.

Ramadhan berkata sedemikian selepas menerima sijil kewarganegaraan pada program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Masjid An-Nur di sini pada Jumaat.

Ramadhan merupakan antara 12 individu tanpa kerakyatan yang menerima sijil kerakyatan semasa program Mekar itu.

Menurut Ramadhan, dia kini teruja apabila berpeluang menunaikan segala impiannya termasuklah mendapatkan lesen memandu selepas ini.




Ibu saudaranya, Sobihah Mohd Shapie, 48, dari Kampung Alor Binjai, mukim Tajar turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Saifuddin dan JPN kerana menyegerakan permohonan kerakyatan Ramadhan.

Menurut surirumah itu, keluarganya pernah mengemukakan permohonan kewarganegaraan untuk Ramadhan pada 2016 bagaimanapun ia tidak berjaya.




"Namun, tahun lepas saya memohon sekali lagi dan Alhamdulillah kali ini proses berjalan cepat," katanya.

Sobihah berkata, dia turut bergembira apabila Ramadhan akhirnya dapat menjalani kehidupan sebagai warganegara Malaysia sepenuhnya.

Berdasarkan rekod JPN, sebanyak 441 program Mekar telah dianjurkan di seluruh negara dengan 10,842 transaksi telah diproses sepanjang acara antara Januari dan 15 Mac 2024.

Dalam pada itu, Saifuddin memaklumkan, tujuh daripada lapan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan telah diterima.

Menurut beliau, hanya satu cadangan tentang Perkara 19(b)dan 14(1)(e) sahaja yang diminta untuk dikekalkan.

"Selepas kita buat libat urus secara intensif dengan semua pemegang taruh, kita dapati bahawa ada kecenderungan yang kuat supaya Perkara 19B dan Perkara 14(1)(e) berkaitan anak terdampar kekal seperti status sekarang iaitu warganegara secara kuatkuasa undang-undang," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, permohonan kewarganegaraan melibatkan anak terdampar memerlukan tiga laporan iaitu hospital, doktor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Saifuddin berkata, pemohon boleh terus memohon sijil kelahiran yang mengesahkan bayi terbabit sebagai warganegara sekiranya dapat mengemukakan ketiga-tiga laporan tersebut.

"Bagaimanapun, jikalau tidak dapat mengemukakan ketiga-tiga laporan tersebut, maka permohonan tidak dapat dilakukan secara kuatkuasa undang-undang dan akan diproses cara pendaftaran," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.411659 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list