CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11111|Reply: 0

[Perlis] Lelaki rempuh anggota polis ditahan

[Copy link]
Post time 23-3-2024 12:57 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki rempuh anggota polis ditahan

22 Mac 2024 09:26pm








Gambar hiasan




KANGAR - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merempuh seorang anggota polis sehingga cedera dalam kejadian di kawasan Stesen Kereta Api Bukit Keteri dekat Padang Besar pada 16 Oktober tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan dalam Op Cantas Khas di sebuah rumah tidak bernombor di Padang Besar pada 10.30 pagi semalam.



"Ketika tangkapan, suspek ini bertindak cuba melarikan diri dengan cara melompat dari tingkap.

"Akibat kejadian tersebut, suspek mengalami retak tulang di tumit kaki kanan.



"Suspek dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk diberi rawatan dan keadaan suspek stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shokri berkata, saringan urin terhadap lelaki yang mempunyai lapan rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah itu didapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini.

"Kes disiasat bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara yang boleh sampai 20 tahun,” katanya.




Beliau berkata dalam kejadian tahun lepas, suspek yang memandu pikap jenis Mitsubishi Pajero membawa pendatang tanpa izin merempuh motosikal ditunggang anggota polis berkenaan ketika diarahkan berhenti untuk pemeriksaan.

Anggota polis itu mengalami kecederaan pada tangan kiri dan suspek melarikan diri, namun 12 pendatang tanpa izin yang berada dalam pikap itu berjaya ditahan. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.066761 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list