CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9841|Reply: 8

[Kedah] Demi Muhammad Adam

[Copy link]
Post time 22-3-2024 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Demi Muhammad Adam


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Muhammad Adam yang menghidap kanser leukimia (darah) dipangku bapanya, Mohd Nizam Ishak sering menangis kerana sakit di bahagian sendi. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI




Alor Setar: "Tahun ni saya dah tak fikir sangat persiapan untuk menyambut Aidilfitri kerana wang simpanan sudah berkurangan untuk menampung kos rawatan anak saya, Muhammad Adam yang menghidap leukimia sejak Julai tahun lalu," kata Mohd Nizam Ishak.

Mohd Nizam, 34, berkata, dia dan isterinya, Faizah Ishak, 36, mempunyai empat anak yang kesemuanya lelaki berusia empat bulan hingga 15 tahun dan Muhammad Adam pula dilahirkan kembar.

Bagaimanapun, katanya, kembarnya, Muhammad Adib sihat sepenuhnya tetapi hanya Muhammad Adam yang menghidap kanser.

Katanya, Muhammad Adam disahkan menghidap penyakit itu selepas mengalami demam yang kerap selain mengalami sakit sendi di seluruh badan serta tempang.

"Ketika itu, dia sering menangis kerana sakit dan bengkak pada jari kiri hinggakan mahu pakai baju pun sakit menyebabkan kami terpaksa membawanya ke klinik kesihatan berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

"Doktor mengesyaki dia menghidap kanser dan meminta saya membawa anak menjalani rawatan lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

"Selepas doktor mengambil sampel darah, memang anak saya disahkan menghidap masalah darah dan saya reda dengan ketentuan Allah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Keriang, Mukim Lepai, Langgar di sini.

Mohd Nizam yang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai alat ganti kereta di Pokok Sena berkata, sejak itulah dia terpaksa berulang ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk membawa anaknya menjalani rawatan di sana.

Katanya, ketika itu pula, isterinya sedang hamil anak keempat mereka menyebabkan dia terpaksa meminta bantuan keluarga mentua untuk menjaga isteri dan anak-anaknya.

"Saya tinggal di HPP menjaga Muhammad Adam ketika dalam wad sehingga mengambil masa lebih sebulan sehinggakan saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.

"Bimbang dibuang kerja, saya merayu kepada majikan supaya membenarkan saya bercuti tanpa gaji asalkan saya dapat membawa anak menjalani rawatan.

"Disebabkan itulah wang simpanan saya makin berkurangan kerana digunakan untuk kos ulang alik selain sepanjang berada di sana (HPP) memandangkan isteri tidak bekerja dan mempunyai tiga lagi anak termasuk bayi yang baru bersalin," katanya.

Menurut Mohd Nizam, kos bayaran di hospital juga masih tertunggak kerana dia hanya mampu membayar secara ansuran disebabkan tiada sumber kewangan.

Katanya, dia kuatkan diri demi anak walaupun tertekan dengan masalah kewangan asalkan anaknya sihat seperti sedia-kala.

"Sejak sakit, keadaan emosi Muhammad Adam juga berbeza kerana sekarang dia lebih agresif dan sering memberontak apabila permintaannya tidak dipenuhi," katanya.



Disiarkan pada: Mac 22, 2024 @ 11:21am






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2024 02:05 PM | Show all posts
sfhzuraz yang jd mod ni the suami or the isteri....lamanya tak masuk sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2024 02:20 PM | Show all posts
rumahbiru replied at 22-3-2024 02:05 PM
sfhzuraz yang jd mod ni the suami or the isteri....lamanya tak masuk sini

the isteri.
tuan puanya id.
sapa ni yer.
maaf sy x ingat ni sapa.


the suami tu dulu dia pinjam


sb sy xde internet access masa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 02:27 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 22-3-2024 02:20 PM
the isteri.
tuan puanya id.
sapa ni yer.

dulu2 kompius nama perempuan, tapi yang reply macam lelaki punya post je.masa tu la tahu the suami pakai id ni lama dah masa tuzaman id awak poremer biasa je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2024 02:38 PM | Show all posts
rumahbiru replied at 22-3-2024 02:27 PM
dulu2 kompius nama perempuan, tapi yang reply macam lelaki punya post je.masa tu la tahu the suami ...

ya masa tu belum jd mod lg.
kira dia bagus juga nk sambung guna id sy.
cuma ramai yg konpius.
tp ada juga yg tau dia pinjam id sy.


er awak sapa yer.
apa id lama awak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2024 02:39 PM | Show all posts
kiranya tu zaman sebelum thn 2011.
sy jd mod thn 2011.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-3-2024 02:41 PM | Show all posts
thn 2006-2007 sy keje kt 1 com. sama dgn dia.lps tu sy berenti.
dpt keje tmpt lain yg xde internet access tu yg dia guna id sy.
bila sy jd mod dia create id lain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 03:24 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 22-3-2024 02:39 PM
kiranya tu zaman sebelum thn 2011.
sy jd mod thn 2011.

yer betul...zaman sebelum 2011
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2024 03:34 PM | Show all posts
rumahbiru replied at 22-3-2024 03:24 PM
yer betul...zaman sebelum 2011

jom lah masuk rumah borak.boleh sambung borak kt link bwh ni.



【NEW】SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - Utara - Negeri & Negara - Forum - CARI Infonet

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.564421 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list