CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7639|Reply: 0

[Johor] KK di Batu Pahat diperiksa

[Copy link]
Post time 21-3-2024 04:54 PM | Show all posts |Read mode

Anggota penguat kuasa MPBP melakukan pemeriksaan di semua KK Mart di Batu Pahat. NSTP/Ihsan MPBP

BATU PAHAT: Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas semua kedai serbaneka KK Super Mart di daerah ini berikutan tercetus kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah, baru-baru ini.

Operasi itu diketuai pejabat kadi daerah bersama sembilan pegawai dan anggota untuk menjalankan pemeriksaan jika masih ada premis menjual stoking terbabit.

"Ia bermula jam 11.30 pagi di mana pemeriksaan menyeluruh dijalankan ke atas lima premis KK Mart di Batu Pahat, antaranya di Jalan Rugayah, Jalan Rahmat, Jalan Kuning, Taman Bukit Pasir, Jalan Besar Rengit dan Jalan Universiti 1, Taman Universiti.

"Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati premis terbabit tidak mempunyai barangan dimaksudkan iaitu stoking tertera kalimah Allah.


"MPBP menjunjung dan mendokong penuh titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk terus mempertahankan kemuliaan Islam di Johor," katanya menerusi kenyataan.

Namun, katanya, sepanjang pemeriksaan itu, pihaknya mendapati sebuah KK Mart di Rengit melanggar peraturan ditetapkan.

"Pemeriksaan premis KK Mart di Jalan Besar Rengit mendapati kedai ini tidak mempunyai lesen iklan. Justeru, MPBP mengeluarkan notis kompaun terbabit mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Iklan 2010," katanya.

Semalam, MPBP bertindak membatalkan lesen operasi syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd yang terpalit dengan kontroversi membabitkan pengedaran stoking tertera kalimah Allah.

Tindakan diambil MPBP itu selaras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil 13 (2) dan Undang-Undang Kecil 49 (2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPBP) 2016.

Pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan memaklumkan, ia dilakukan selepas syarikat terbabit didapati melanggar syarat aktiviti lesen perniagaan yang diluluskan iaitu stor dan pengedar kasut.

Notis itu diserahkan oleh Yang Dipertua MPBP, Ezahar Abu Sairin kepada Pengarah Urusannya, Soh Hui San di Menara MPBP, Jalan Rugayah.

Dua hari lalu, kilang terbabit diserbu polis pada jam 9 pagi, dengan lima pasang stoking tertera kalimah Allah ditemui.

Namun, siasatan polis mendapati kelima-lima stoking terbabit adalah dipulangkan dari premis KK Mart di Bandar Sunway.
https://www.bharian.com.my/berit ... atu-pahat-diperiksa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.053956 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list