CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3185|Reply: 0

[Selangor] Angkut jug air dalam jentera bomba untuk berbuka

[Copy link]
Post time 21-3-2024 03:37 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar menunjukkan anggota bomba angkut jug air dalam jentera bomba dan berbuka minum di tepi jalan

PETALING JAYA – Seorang anggota bomba membawa sekali jug air di dalam jentera pasukan penyelamat itu apabila menerima tugasan ketika waktu hampir untuk berbuka puasa.

Melalui perkongsian video di TikTok oleh Mohd Ridzwan Shah, barisan hadapan negara ini memegang jug yang penuh dengan air ketika dalam perjalanan untuk beroperasi.

Berdasarkan video kedua pula, anggota bomba berkenaan akhirnya dilihat berbuka puasa dengan berhenti di tepi jalan dengan meminum air yang dibawa.

Video itu telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang menghargai pengorbanan yang dilakukan pasukan penyelamat itu, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini.

“Semalam sebelum berbuka ada kebakaran hutan, terfikir anggota bomba yang nak berbuka tapi ada kes, terima kasih abang-abang bomba,” kata Honeyza Azam.

“Terima kasih sebab membantu kami yang dalam kesusahan, dalam berpuasa nak berbuka korang masih on call bekerja, semoga diluaskan rezeki kalian,” kata Salasiah.

“Mesti tengah siap-siap nak berbuka, lepastu dapat emergency call, bawa sekali air,” kata Hubba Habibah.

“Salute geng uniform, perform anytime. Semoga dipermudahkan segala urusan,” kata Fakhrulzani.

Sehingga kini, video pertama telah mendapat 1.5 juta tontonan, 99,300 tanda suka dan 1,724 perkongsian, manakala video berikutnya mendapat 1 juta tontonan, 80,700 tanda suka dan 437 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... omba-untuk-berbuka/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.049335 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list