CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7340|Reply: 23

[Tempatan] Tak anjur Sukan Komanwel jika terpaksa guna ‘duit rakyat’, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh

  [Copy link]
Post time 21-3-2024 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Tak anjur Sukan Komanwel jika terpaksa guna ‘duit rakyat’, kata Hannah

https://www.freemalaysiatoday.co ... rakyat-kata-hannah/

Mohamad Fadli
21 Mar 2024, 11:37 AM


Hannah Yeoh berkata kerajaan perlu teliti dalam memperincikan setiap aspek penganjuran Sukan Komanwel. (Gambar Bernama)

KBS berpandangan perbelanjaan penganjuran Sukan Komanwel tidak harus melebihi geran RM602 juta ditawarkan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF).

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 yang ditawarkan oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sekiranya ‘duit rakyat’ terpaksa digunakan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Menurut Yeoh, pihaknya berpandangan jika kerajaan ingin menganjurkan temasya itu, perbelanjaannya tidak harus melebihi daripada jumlah geran 100 juta pound (RM602 juta) disediakan CGF.

Sehubungan itu, kerajaan perlu teliti dalam memperincikan setiap aspek bagi mengelakkan keputusan sambil lewa diambil.

“Apa (yang) pasti, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

“Tidak akan sama sekali bazirkan wang pembayar cukai walau sedia anjurkannya,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) meminta Hannah menyatakan apakah pendirian kerajaan terhadap tawaran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

Kabinet yang bermesyuarat esok dijangka membincangkan tawaran penganjuran Sukan Komanwel pada 2026.

CGF menawarkan Malaysia untuk menjadi tuan rumah temasya itu bagi menggantikan Victoria, Australia yang menarik diri tahun lalu, di samping turut menawarkan suntikan dana RM602 juta kepada Malaysia yang pernah menjadi tuan rumah pada 1998.

Victoria menarik diri kerana peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AUD2.6 bilion (kira-kira RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (kira-kira RM21.78 bilion).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 12:34 PM | Show all posts
Victoria menarik diri kerana peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AUD2.6 bilion (kira-kira RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (kira-kira RM21.78 bilion).




RM 21,000 juta tu,  Malaysia ada ke dana byk tu tanpa menggunakan duit rakyat?

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 12:45 PM | Show all posts
memula aku neutral tapi setelah melihat video si kelipah yg mempersoalkan berapa  byk kerugian   sukom 98 masa atok saka tu ..aku membantah.ye tak  ye jugak mmg ada skandal pun kan masa tu tapi tak reveal pun
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 12:49 PM | Show all posts
kalau ada pun tak payah lah...buat ke lain je duit tu. lagipun Msia ni belum mencapai tahap rakyatnya menjadikan sukan tu satu lifestyles.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 21-3-2024 12:53 PM
Hessa replied at 21-3-2024 12:49 PM
kalau ada pun tak payah lah...buat ke lain je duit tu. lagipun Msia ni belum mencapai tahap rakyatny ...


Buat acara makan makan je kalau guna duit rakyat.

Bagi subsidi untuk gandum dan cheese pun okey

Perut pun kenyang
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 01:04 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 21-3-2024 12:52 PM
Buat acara makan makan je kalau guna duit rakyat.

Bagi subsidi untuk gandum dan cheese pun okey{: ...

wow..gandum dan cheese..makin membuak2 la rakyat Msia dan semakin malas lah mereka bersukan..kalau anjur commonwealth pun tgk di tv sambil melingkar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2024 01:07 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 21-3-2024 12:52 PM
Buat acara makan makan je kalau guna duit rakyat.

Bagi subsidi untuk gandum dan cheese pun okey{: ...

rohingya mampu tengok je

nak sertai apa2 acara sukan pon takleh, apatah lagi nak anjurkan

sebab takde negara

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
buat penganjuran dr kos sekitar sekian2 akan meningkat bila menggunakan "org2 kepercayaan"...ujung2 jadik rugi.. ehehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 21-3-2024 01:32 PM
Hessa replied at 21-3-2024 01:04 PM
wow..gandum dan cheese..makin membuak2 la rakyat Msia dan semakin malas lah mereka bersukan..kalau ...


Acara kuak lentang dan makan gaya bebas depan TV
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak pakai duit rakyat pun tak payah buat la hutang dah 1.2tril tahun lps tambah 93bil hujung tahun ni tambah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 21-3-2024 12:34 PM
Victoria menarik diri kerana peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AUD2.6 bilion (kira- ...

Duit kwap/ kwsp kan ada bila lg nak joli katak
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Hessa replied at 21-3-2024 12:49 PM
kalau ada pun tak payah lah...buat ke lain je duit tu. lagipun Msia ni belum mencapai tahap rakyatny ...

Orang lain jd tuanrumah dpt ranking pertama pungutan medal, msia jd host dpt emas ciput tu pun acara batu seremban & congkak
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
National stadium pon dah jahanam.  Stadium Shah Alam pon dah lingkop.  Takkan nak bine stadium baru kot..  
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapat pingat emas gimrama je kot. Pastu terjun.


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 21-3-2024 04:22 PM
Orang lain jd tuanrumah dpt ranking pertama pungutan medal, msia jd host dpt emas ciput tu pun aca ...

haha..dulupun ranking Msia commonwealth games 98 dpt ranking 10..ok la tu..kalau zaman laa ni tak tau lah
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
setuju je tak payah buat kalau sekadar tambah hutang negara. semalam ada dengar kat radio bincang pasal ni. SUKOM 98 dulu katanya pun belanja dah bilion. Apa kan lagi zaman sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2024 08:04 AM | Show all posts
takder faedah....ekonomi tak sedap, relax2 dlu
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 08:17 AM | Show all posts
it is not the right time.

sukom 98 dulu pun amik masa lama nak settlekan hutang, bil2 etc.

kes pecah amanah pun banyak.

cosmetically memang gah, at the back, macam2 masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 09:45 AM | Show all posts
takat madanon nak padam sejarah 1998 je...
tak yah leeeee
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 10:24 AM | Show all posts
bbalik replied at 22-3-2024 09:45 AM
takat madanon nak padam sejarah 1998 je...
tak yah leeeee

bkn time2 sukom tu ke yg kena pecat


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.085603 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list