CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7265|Reply: 0

[Perak] Kebakaran Mydin Manjoi berpunca panel pembahagi elektrik - JBPM

[Copy link]
Post time 21-3-2024 10:17 AM | Show all posts |Read mode

Datuk Nor Hisham Mohammad pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan Ipoh. FOTO L.MANIMARAN

Ipoh: Kejadian kebakaran pasar raya besar Mydin di Manjoi, di sini pada 10 Mac lalu berpunca daripada panel pembahagi elektrik (electrical distribution board) di bilik setor pasaraya itu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad mengesahkan dapatan itu melalui siasatan selepas ia dibawa dan diambil alih oleh ibu pejabat JBPM.

Menurutnya, melalui kebakaran Mydin Manjoi itu pihaknya melihat perlunya ada kawalan atau garis panduan sesuai dalam pemasangan panel solar.

"Pemasangan panel solar yang lazimnya dipasang pada bumbung hingga ada kalanya mengganggu usaha pemadaman api.


"Apabila dipasang di bumbung khususnya kalau ia dipasang secara bercantum atau berterusan, ia menyebabkan kita tidak boleh buat pengudaraan secara tebukan manual.

"Dalam kes Mydin itu, mereka pakai pengudaraan mekanikal. Namun yang kita risau adalah apabila kita tak boleh buat tebukan secara manual kepada bumbung, ia menyukarkan kita untuk kesan api dan membuat pengudaraan," katanya kepada pemberita ketika sesi sidang media Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat JBPM Negeri Perak di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon.

Berikutan itu katanya, JBPM akan melihat penambahbaikan yang boleh dibuat terhadap aspek kaedah atau prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan susulan kejadian itu.

"Kita mahu kenal pasti bagaimana kita akan asingkan atau membuat pemecahan kepada saiz panel (solar) supaya ia tidak menghalang usaha kita buat pengudaraan apabila berlaku kebakaran.

"Oleh itu JBPM akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) serta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia bagi menetapkan SOP berhubung pemasangan panel solar di bangunan, premis perniagaan dan rumah di seluruh negara.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ahagi-elektrik-jbpm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.049036 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list