CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6170|Reply: 0

[Sabah] Maritim Malaysia tahan tiga bot nelayan tangkap ikan kurang dua batu nautika

[Copy link]
Post time 20-3-2024 08:44 PM | Show all posts |Read mode


TAHAN: Salah sebuah bot nelayan yang ditahan selepas menarik pukat kurang dua batu nautika dari daratan.

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan tiga buah bot nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang dari dua batu nautika dari daratan.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, tiga tangkapan berasingan itu dijalankan bot peronda Maritim Malaysia menerusi Ops Khas Pagar Laut dan Ops Pluto Timur sekitar daerah ini.

“Tangkapan pertama membabitkan sebuah bot nelayan yang dikesan sedang menjalankan aktiviti menarik pukat berhampiran kawasan daratan kira-kira 1.5 batu nautika barat daya Merotai.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiga lelaki warga Indonesia berumur 29 hingga 39 tahun berada di atas bot dan didapati melakukan kesalahan menarik pukat pada jarak 1.5 batu nautika dari daratan Selasa lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, dua lagi bot nelayan turut ditahan dan diperiksa oleh kapal peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Ops Sejahtera dan Ops Khas Pagar Laut di sekitar 1.8 batu nautika tenggara Kampung Batu Payung kira-kira jam 2.55 hingga 3.15 petang hari sama.

“Pemeriksaan dokumentasi terhadap kedua-dua bot terbabit mendapati tujuh awak-awak lelaki yang juga warga Indonesia berumur lingkungan 29 hingga 58 tahun disyaki melakukan kesalahan menjalankan aktiviti menarik pukat kurang dua batu nautika dari daratan.

“Ketiga-tiga juragan, bot serta muatan hasil laut ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau.

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan kesemua barangan termasuk bot nelayan,pukat dan muatan hasil laut disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah hampir RM300 ribu,” katanya.

Dalam pada itu, Shahrizan berkata, kes-kes melibatkan nelayan tempatan yang cuba melanggar syarat sah lesen dengan mengambil kesempatan menarik pukat kurang dari jarak yang dibenarkan akan terus diberi perhatian.

Beliau juga mengharapkan kerjasama dari pengusaha bot nelayan dan komuniti maritim agar sentiasa mematuhi peraturan perikanan yang ditetapkan di negeri ini.

“Orang ramai diminta membantu pihak Maritim Malaysia dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049620 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list