CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4943|Reply: 0

[Sabah] Anifah harap satu mekanisme laksana sepenuhnya MA63 disegerakan

[Copy link]
Post time 20-3-2024 08:19 PM | Show all posts |Read mode


ANIFAH

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri Anifah Aman (gambar) berharap satu mekanisme bagi pelaksanaan sepenuhnya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dapat dibuat secepat mungkin.

Mengulas lanjut, Anifah berkata kerajaan seharusnya melaksanakan berpandukan Perlembagaan Persekutuan dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan, sebagaimana dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Katanya, rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan mahu Kerajaan Persekutuan mengikuti Perlembagaan Persekutuan dalam semua aspek, terutama Perkara 112C dan Jadual 10 dalam perlembagaan.

"Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Kerajaan Persekutuan membayar sebanyak 40 peratus daripada hasil kutipan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah, " katanya.

Semasa membahaskan Titah Diraja, Anifah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah membayar RM300 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai bayaran interim.

Namun katanya, kaedah pelaksanaan pembayaran 40 peratus masih sedang dirunding dan dibincang dalam Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 dan hampir dimuktamadkan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya terkilan dan ingin tahu apakah yang masih perlu ditunggu lagi oleh rakyat Sabah dan Sarawak kerana Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan hak-hak dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.


ANIFAH

"Baginda telahpun bertitah 'berharap agar perkara-perkara berkaitan Perjanjian yang dimeterai dapat dimanfaatkan oleh semua pihak berkepentingan dalam memenuhi hasrat dan aspirasi demi kemakmuran bersama'.

"Oleh itu, marilah sama-sama kita mendengar dan mengambil iktibar daripada pesanan Baginda, " katanya semasa membahaskan Titah Diraja di Dewan Negara, hari ini.

Dalam pada itu, Anifah menegaskan Sabah dan Sarawak telah memberi sumbangan yang banyak kepada pembangunan negara tetapi jurang pembangunan Malaysia Timur dengan Semenanjung Malaysia sangat besar.

"Memetik rakan Senator dari Sarawak, Abun Sui Anyit, sekiranya perlu, Kerajaan Persekutuan juga hendaklah merangka dasar-dasar yang membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan setara dengan Semenanjung Malaysia.

"Misalnya, Sabah merupakan pengeluar minyak mentah terbesar di Malaysia iaitu 52 peratus tetapi masih jauh ketinggalan dalam industri Hiliran minyak dan gas.

"Apakah Kerajaan Persekutuan tidak boleh merangka dasar bersama-sama dengan Petronas agar industri Hiliran dapat dibangunkan lagi di Sabah?

"Apakah kiranya Petronas sebagai contoh, yang mendapat lebih kurang RM80.7 billion keuntungan memberikan sekurang-kurangnya RM5 billion kepada Sabah bagi tujuan pembangunan, katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.058474 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list