CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7661|Reply: 0

[Johor] Tukang cuci tak mengaku rogol remaja hingga hamil

[Copy link]
Post time 20-3-2024 04:45 PM | Show all posts |Read mode

IKHMAL Rizza dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen. FOTO Alias Abd Rani


Muar: Pekerja kedai cuci kenderaan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol remaja bawah umur hingga hamil lapan bulan, di sebuah pusat komersial di Tangkak, Julai tahun lalu.

Tertuduh, Ikhmal Rizza Abu Bakar, 30, berhadapan dua pertuduhan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa merogol remaja yang berusia berusia 16 tahun ketika itu di sebuah pusat komersial di Bukit Gambir, pada 2 petang, Julai tahun lalu.



Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, penjara boleh sampai 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan, bagi setiap pertuduhan.

Berdasarkan laporan dibuat, tertuduh mengenali mangsa menerusi TikTok sebelum mengajak mereka keluar.

Tidak lama selepas itu, tertuduh mempelawa mangsa datang ke rumahnya sebelum mengambil kesempatan merogol mangsa.

Kejadian disedari apabila ibu mangsa apabila melihat perubahan fizikal sebelum mendesak anaknya menceritakan perkara sebenar, lalu membuat laporan polis.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes.

Bagaimanapun, tertuduh terpaksa dihantar ke Pusat Koreksional Muar kerana gagal membayar ikat jamin.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... remaja-hingga-hamil

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.073883 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list