CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7698|Reply: 0

[Johor] Polis rampas mercun lebih RM200,000 dalam rumah kosong

[Copy link]
Post time 20-3-2024 04:42 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Batu Pahat: Polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM212,000 yang ditemukan dalam 193 kotak di sebuah rumah kosong, di Taman Harmoni, Parit Sulong, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mercun dan bunga api itu ditemukan kira-kira 12.10 malam di dalam rumah kosong tanpa bekalan air dan elektrik, dipercayai sebelum dipasarkan di pasaran tempatan.

Beliau berkata pihaknya sedang berusaha pemilik rumah berkenaan, dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya untuk tampil bagi membantu siasatan.

"Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1967 yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara boleh sampai tujuh tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dalam-rumah-kosong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.055624 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list