CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4416|Reply: 0

[Pahang] Menipu cacat kaki tapi anehnya boleh lari laju

[Copy link]
Post time 20-3-2024 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 20-3-2024 02:15 PM




Pengemis bertongkat berusia 36 tahun yang ditahan selepas didapati mengemis di kaki lima sebuah bank di Jalan Kebun Sultan, diusung pasukan penguatkuasa MPKB-BRI menaiki lori. FOTO SITI ROHANA IDRIS





Kota Bharu: Tampil menyamar sebagai orang kurang upaya (OKU) cacat fizikal untuk mengemis dan meraih simpati orang ramai sempena bulan Ramadan.

  Bagaimanapun lelaki bertongkat itu pantas melarikan diri sebaik dihampiri petugas penguatkuasa yang menjalankan operasi  Bersepadu Ramadan Siri 1 di sini, tadi.

  Itu tindakan lelaki berusia 36 tahun yang mulanya dilihat duduk di kaki lima sebuah bank di Jalan Kebun Sultan di sini, sambil meminta sedekah.
  Lelaki itu yang lari sejauh lebih 150 meter sambil memegang tongkat sokongan bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).



  Lelaki terbabit dilihat menjerit dan meronta selain beberapa kali cuba meloloskan diri.


  "Tolonglah, saya minta maaf, semula (lain kali) tak buat dah, nak selesai kat sini, saya tok sey (tak mahu) pergi.
"Bukannya selalu saya datang, kadang-kadang sahaja (mengemis)," katanya.

  Lelaki yang berasal dari Kubang Kerian itu mendakwa mengalami kemalangan jalan raya tahun lalu menyebabkan sebelah kakinya sukar berjalan namun ketika diserbu pasukan penguatkuasa, dia mampu berlari laju.

  Senario itu dapat dilihat ketika Operasi Bersepadu Ramadan Siri 1 yang dijalankan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

  Operasi dipecahkan kepada dua pasukan membabitkan lokasi sekitar bandar Kota Bharu dan Kubang Kerian dan sepanjang tiga jam operasi dijalankan, seramai empat pengemis berjaya ditahan termasuk lelaki warga Thailand berusia 84 tahun.

  Bermodalkan jualan minyak panas di laluan pejalan kaki di Bazar Buloh Kubu, di sini, warga emas itu berkata, dia baru memasuki negara ini sejak seminggu lalu menggunakan pas sempadan.

  "Saya berasal dari Narathiwat, Thailand dan masuk ke negara ini seorang diri untuk menjual minyak panas.

  "Bagaimanapun ramai yang simpati. Walaupun tidak membeli jualan saya, mereka memberi sedekah," katanya sambil memberitahu pada waktu malam dia menumpang tidur di masjid berhampiran.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nya-boleh-lari-laju





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.607882 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list