CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2737|Reply: 0

[Melaka] Air Tasik Ayer Keroh surut kerana dipam sebagai simpanan Empangan Durian Tunggal

[Copy link]
Post time 20-3-2024 11:01 AM | Show all posts |Read mode

Tasik Ayer Keroh surut kerana dipam ke loji rawatan air Bertam.

MASJID TANAH: Penyusutan paras air Tasik Ayer Keroh di sini bukan disebabkan keadaan cuaca panas yang melanda ketika ini, sebaliknya berpunca daripada usaha mengepam airnya ke kawasan simpanan Empangan Durian Tunggal.

EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, berkata tindakan mengepam air tasik itu adalah untuk membekalkannya kepada Loji Rawatan Air Bertam di sini bagi kegunaan pengguna sekitar kawasan Bandaraya Melaka.

Beliau berkata, Tasik Ayer Keroh adalah antara kolam tadahan alternatif bagi semua tiga empangan di negeri itu membabitkan Empangan Durian Tunggal, Empangan Jus serta Empangan Asahan dan proses pengepaman itu biasa berlaku bagi mengawal paras air di empangan terbabit.

"Pengepaman itu dilakukan baru-baru ini dan tamat empat hari lalu dan kini proses seterusnya sedang berjalan adalah pengepaman air dari Sungai Kesang ke empangan berkenaan.



"Masalah air di tasik itu kering bukan disebabkan isu cuaca seperti yang tular sejak kelmarin, lagi pun, kita masih mempunyai banyak alternatif kolam tadahan lain antaranya Tasik Biru di Chinchin, Jasin yang masih belum digunakan sepenuhnya," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan Ramadan dan berbuka puasa peringkat Parlimen Masjid Tanah di Masjid Nur Jannatul Bahri, Kampung Ayer Hitam Pantai di sini, malam semalam.

Majlis disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Semalam tular di media sosial mengenai penyusutan air di Tasik Ayer Keroh yang didakwa berpunca daripada keadaan cuaca panas ketika ini.

Mengulas lanjut, Hameed berkata, rakyat negeri itu tidak perlu bimbang terhadap isu bekalan air kerana semua tiga empangan masih berada di paras normal iaitu melebihi 80 peratus.

Katanya, pada ketika ini, Empangan Durian Tunggal mempunyai kapasiti air sebanyak 80 peratus, diikuti Empangan Jus (90 peratus) dan Empangan Asahan (90 peratus).

"Jika tiada hujan dalam tempoh terdekat, bekalan air di Melaka mampu bertahan sehingga Ogos dan orang ramai tidak perlu risau dengan keadaan itu kerana kerajaan negeri akan melakukan yang terbaik bagi memastikan kesejahteraan kehidupan mereka sentiasa terjamin," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... i-simpanan-empangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.463032 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list