CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2989|Reply: 1

[Perlis] Perlis akan cadangan pintu sempadan Padang Besar dibuka hingga 12 tengah malam

[Copy link]
Post time 20-3-2024 09:02 AM | Show all posts |Read mode
Perlis akan cadangan pintu sempadan Padang Besar dibuka hingga 12 tengah malam

20 Mac 2024 08:44am








Cadangan melanjutkan tempoh operasi pintu sempadan negara di Padang Besar dan Wang Kelian bagi merancakkan sektor pelancongan bersempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 - Foto: Kerajaan negeri Perlis




PADANG BESAR - Kerajaan Perlis akan mengusulkan cadangan pintu sempadan negara di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar dapat beroperasi sehingga jam 12 tengah malam berbanding setakat 10 malam sahaja pada masa ini kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pengerusi Jawatankuasa Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis, Izizam Ibrahim berkata, pihaknya akan menyediakan kertas cadangan tersebut untuk dipertimbangkan KDN, dengan proses menyiapkan kertas itu dijangkakan bermula selepas raya nanti.



"Saya akan buat secepat mungkin tetapi ingat selepas raya, kena buat satu kajian semua peringkat (terlebih dahulu), (kena ada) dua tiga kali juga mesyuaratlah, macam mana pun tahun ini kita akan minta (kepada KDN), saya rasa peringkat (Kerajaan) Pusat tak ada masalah, akan beri kerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Madani Ihya Ramadan Bilateral Malaysia-Thailand Peringkat Negeri Perlis 2024 di Masjid Ahmad, di sini malam tadi.



Turut hadir Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis, Arif Helmi Junid dan Ketua Penolong Pengarah (Keselamatan) Seksyen Keselamatan Pembangunan Sempadan Malaysia-Thailand, Leftenan Kolonel Mohamad Noh Abdul Kader.

Izizam berkata, selain itu, melalui kertas cadangan itu juga pihaknya akan mengesyorkan supaya pintu sempadan Malaysia-Thailand di ICQS Wang Kelian dekat sini, dapat dibuka sehingga jam 8 malam berbanding hanya setakat 7 malam ketika ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri berpendapat cadangan melanjutkan tempoh operasi pintu sempadan negara di Padang Besar dan Wang Kelian itu, sebagai usaha untuk meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi di Perlis selain merancakkan sektor pelancongan di negeri itu bersempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025. - Bernama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 09:04 AM | Show all posts
best ni borong mercun kt siam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.064386 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list