CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19032|Reply: 0

[Sarawak] Ambil tangga tapi enggan pulangkan kepada pemilik, lelaki kena bon jaga keamanan enam bulan

[Copy link]
Post time 19-3-2024 08:51 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki diperintahkan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini untuk menjalani bon menjaga keamanan selama enam bulan akibat mengambil sebuah tangga milik kenalan dan enggan memulangkannya.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhd Fareez Musa, 33, selepas dia mengaku bersalah sebaik didakwa mengikut Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah.

Berdasarkan keterangan kes, seorang lelaki berusia 24 tahun (pengadu) menerima panggilan daripada rakannya pada 9 Mac 2024 yang memaklumkan bahawa tangga disimpan pengadu di sebuah rumah di Taman Sukma, Petra Jaya di sini, telah diambil oleh orang dikenali (tertuduh).

Susulan itu, pengadu membuat laporan polis dan tertuduh kemudiannya ditangkap pada 12 Mac 2024.

Hasil siasatan mendapati terdapat seorang saksi melihat perbuatan tertuduh yang mengambil tangga milik pengadu pada 9 Mac 2024, sekitar jam 11 pagi.

Saksi juga dilaporkan telah melarang tertuduh daripada melakukan perbuatan itu, namun tertuduh tidak mengendahkannya dan terus beredar dengan menaiki sebuah kenderaan.

Siasatan turut mendapati pengadu ada menghubungi tertuduh dan meminta tertuduh untuk mengembalikan tangga miliknya, namun tertuduh enggan menuruti permintaan pengadu.

Malah, tertuduh menyatakan bahawa tangga berkenaan telah dijual ke sebuah kedai besi buruk.

Bagaimanapun, tertuduh bertindak menyerahkan semula tangga tersebut kepada pengadu setelah mengetahui pengadu membuat laporan polis.

Oleh itu difahamkan, sebagai langkah pencegahan supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi, tertuduh diperintahkan untuk menyempurnakan bon menjaga keamanan selama tempoh enam bulan.

Tertuduh tidak diwakili peguam. Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.612617 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list