CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18281|Reply: 0

[Sarawak] Pustaka Miri jemput orang awam menghadiri ceramah komuniti

[Copy link]
Post time 19-3-2024 08:48 PM | Show all posts |Read mode


Poster program ceramah komuniti diadakan pada Jumaat ini.

MIRI: Pustaka Negeri Sarawak Miri menjemput orang awam khususnya umat Islam di sini menghadiri ceramah komuniti bertajuk 'Perkongsian Ilmu Fidyah, Zakat dan Wakaf' pada 22 Mac ini.

Ceramah komuniti itu bermula jam 2.30 hingga 4.30 petang di Auditorium Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak, Miri.

Ceramah itu bertujuan berkongsi informasi mengenai peranan Tabung Baitumal Sarawak mengenai fidyah, hukum fidyah, golongan dikenakan fidyah serta keberkatan Ramadan kepada masyarakat.

Selain itu, ceramah tersebut juga memupuk kesedaran berwakaf sebagai saham akhirat yang manfaatnya terus berkekalan dan dapat mempertingkat kesedaran tentang kewajipan berzakat dalam kalangan umat Islam.

Sempena bulan penuh keberkatan iaitu Ramadan, orang awam dijemput hadir dan sesiapa yang berminat boleh mendaftar melalui imbasan kod QR disertakan dalam poster atau klik pautan ini: https://forms.gle/AgKiVL4Vd2sVR8MQ7.

Ceramah ini akan disampaikan oleh Ketua Bahagian Tabung Baitulmal Miri Marini Juraibi.

Justeru, orang ramai digalak tidak melepaskan peluang berinteraksi dengan penceramah jemputan dan memperdalam pemahaman tentang aspek-aspek penting dalam agama Islam pada bulan mulia ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.417727 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list