CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18011|Reply: 0

[Sarawak] Wanita Sarawak miliki banyak peluang, kebebasan

[Copy link]
Post time 19-3-2024 08:47 PM | Show all posts |Read mode
Miliki peluang, kebebasan dalam pendidikan, kerjaya, perniagaan dan lain-lain sehingga dapat pengiktirafan



Lee menunjukan bakatnya melakukan gerak tari Orang Ulu sambil diiringi Kijan (depan, tiga kiri) dan wanita-wanita PWOUM.

MIRI: Golongan wanita di Sarawak amat bertuah kerana mempunyai peluang dan kebebasan dalam aspek pendidikan, kerjaya, perniagaan dan sebagainya sehingga mendapat pengiktirafan kerajaan.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin mengakui dalam bidang kerjaya, ramai wanita di negeri ini memegang jawatan tinggi dan menjadi pembuat keputusan malah dalam bidang pendidikan sudah ramai wanita menyandang jawatan pengetua.

"Jika dahulu sukar kita hendak melihat golongan wanita menjadi pengetua sekolah tetapi tidak hari ini, sudah banyak sekolah menengah di sini, pengetuanya wanita.

"Wanita di Sarawak menikmati pelbagai peluang dalam pendidikan, usahawan, begitu juga dengan kerjaya mencabar seperti jurutera di pelantar-pelantar minyak luar pantai.

“Jika dahulu kerjaya ini dipelopori lelaki sebaliknya golongan wanita semakin berjaya menempatkan diri mereka di kedudukan itu," katanya.

Lee berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Makan Malam Sambutan Hari Wanira Antarabangsa 2024 anjuran Persatuan Wanita Orang Ulu Miri (PWOUM) di sini.

"Selagi anda mempunyai kelayakan dan kemahiran, maka anda boleh merebut peluang-peluang ditawarkan sama rata untuk lelaki dan wanita," jelasnya.

Malah, di universiti sekalipun lebih separuh penuntutnya adalah wanita sekali gus menunjukkan golongan wanita di Sarawak diberi peluang sama rata.

Sehubungan itu, Lee mahu semua wanita menghargai peluang dan kebebasan diberikan sambil menggalakkan wanita fokus dalam apa yang mereka lakukan seperti perniagaan, kemahiran dalam menghasilkan produk berkualiti dalam kraf tangan dan banyak lagi.

Justeru, beliau menasihati golongan wanita supaya menggunakan peluang sebaiknya dengan belajar dengan rajin dan bekerja lebih keras kerana perubahan kini sudahpun bermula menyaksikan wanita mulai mengambil alih tempat dan kedudukan yang dahulunya dipelopori lelaki.  

"Apatah lagi negara khususnya lelaki kini memasuki fasa mengguna pakai sumber tenaga mahir dan saya berharap setiap isi rumah mampu melahirkan sekurang-kurangnya seorang atau dua berpendidikan dengan kerjaya baik atau tenaga mahir berpendapatan tinggi menjelang 2030 dengan Sarawak menuju negeri berpendapatan tinggi," jelas beliau.

Turut hadir Pengerusi PWOUM Kijan Toynbee.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.058917 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list