CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17434|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan diharap tidak memansuhkan skim pencen penjawat awam

[Copy link]
Post time 19-3-2024 08:38 PM | Show all posts |Read mode


JUBILEE

KUCHING: Kerajaan diharap tidak memansuhkan skim pencen penjawat awam yang secara puratanya berkhidmat untuk negara melebihi 30 tahun sebelum layak menerima faedah saraan.

Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak Jubilee Jineh berkata, skim pencen di negara ini antara yang terbaik dan kebanyakan penjawat awam lebih memilih skim berpencen.

“Dengan skim gaji yang masih rendah dalam perkhidmatan awam ketika ini, skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat tidak membantu penjawat awam mempunyai simpanan hari tua yang baik selepas persaraan kelak.

“Disebabkan itulah kebanyakan penjawat awam lebih memilih skim pencen kerana ia adalah keistimewaan yang terbaik kepada mereka,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Jubilee, sebaliknya kerajaan perlu mengkaji semula pemberian pencen kepada ahli politik, jika kekangan kewangan yang menghalang kerajaan untuk meneruskan skim pencen perkhidmatan awam selepas ini.

Pemansuhan pemberian pencen kepada golongan politik terlebih dahulu adalah langkah yang tepat kerana kebanyakan mereka berkhidmat sekitar lima tahun saja, ujarnya.

“Kumpulan ini bukan saja menerima elaun serta peruntukan tinggi semasa berkhidmat malah memiliki pelbagai keistimewaan berbanding penjawat awam yang secara purata berkhidmat lebih 30 tahun,” tegasnya.

Jubilee berkata, keutamaan kepada kerajaan ketika ini adalah mengkaji bagi kes-kes yang berkhidmat waktu singkat tetapi menikmati faedah saraan yang agak selesa dan bukannya menyasarkan kepada penjawat awam saja.

“Kerajaan sewajarnya mengadakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan sebelum terus menetapkan skim caruman KWSP secara mandatori kepada lantikan baharu kelak.

“Pandangan CUEPACS jelas, sekiranya kerajaan mahu melaksanakan sesuatu perkara perlulah berlandaskan prinsip tidak dikurangkan faedah semasa yang dinikmati oleh penjawat awam ketika ini,” katanya.

Beliau berkata tiga agensi berkepentingan kerajaan iaitu KWSP, KWAP (Kumpulan Wang Persaraan) dan PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) perlu mengurus dan berbincang untuk mengemukakan cadangan yang lebih baik bagi mengganti skim pencen yang dimansuh dan hendaklah tidak kurang faedah berbanding skim pencen sekarang.

“Kerajaan harus memastikan gaji diterima hari ini mampu memberi kesejahteraan hidup untuk penjawat awam dan dalam masa yang sama, gaji ini mampu memberi simpanan untuk hari persaraan kelak.

“Sekiranya kerajaan tetap ingin menamatkan skim pencen ini, ia hendaklah terpakai kepada lantikan politik yang layak menerima pencen ketika ini,” katanya.

Beliau berkata dalam pada itu, CUEPACS menyambut baik pencerahan diberi Jabatan Perkhidmatan Awam bahawa pengambilan secara lantikan kontrak sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan adalah langkah sementara bagi pengambilan baharu dalam perkhidmatan awam bermula 1 Februari 2024.

Sementara itu, Utusan Borneo dengan ini memohon maaf atas kesilapan artikel yang sama sebelum ini disiarkan pada 17 Mac 2024 yang menggunakan nama pengerusi terdahulu dalam kenyataan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.452519 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list