CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13075|Reply: 0

[Sarawak] WAK berpotensi jadi acara seni dan budaya terbesar dunia

[Copy link]
Post time 19-3-2024 08:32 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim diapit Sebastian dan Snowdan serta Tan (duduk, kanan sekali) ketika merakamkan gambar kenangan pada sidang media pelancaran ‘What About Kuching (WAK) 2024 Call For Proposal’ di Kuching. -Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Festival What About Kuching (WAK) mempunyai potensi menjadi salah satu acara seni dan budaya terbesar di dunia seperti Festival Edinburgh Fringe di Scotland.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, sejak penubuhannya, WAK berperanan menonjolkan Kuching sebagai salah salah satu platform festival utama negeri ini dengan usaha kreatif.

“Dari permulaannya yang sederhana, perjalanan WAK menunjukkan betapa jelas misi dan objektifnya dalam mendorong sesuatu acara itu mendapat pujian antarabangsa untuk manfaat semua pihak dan juga, membawa pujian kepada Sarawak.

“Saya tahu, Pengarah Festival WAK Donald Tan dan pasukannya menaruh harapan tinggi untuk mengubah WAK menjadi sesuatu seperti Festival Edinburgh.

“Saya percaya dengan sokongan yang mereka ada daripada industri ini, WAK boleh berkembang ke tahap itu suatu hari nanti,” katanya pada sidang media pelancaran ‘What About Kuching (WAK) 2024 Call For Proposal’ di sini, malam Isnin.

Abdul Karim berkata apa yang membezakan WAK adalah kaitannya yang berkekalan dan sifat inklusif.

“Justeru, WAK yang diadakan setiap tahun sepanjang Oktober mengalu-alukan semua orang untuk mengambil bahagian, menjiwai semangat kerjasama antara sektor awam dan swasta.

“Impak festival ini menjangkau jauh sempadan bandar kita, menarik perhatian kepada senario kreatif Sarawak yang semakin berkembang,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memuji pasukan WAK atas pendekatan berwawasan mereka dalam meluaskan capaian festival tahun ini dengan kemasukan dua pesta WAK mini satelit masing-masing di Sibu dan Miri pada Jun dan Ogos ini.

“Ia akan memperluaskan ekstravaganza budaya ini kepada komuniti kreatif kita di tengah dan utara Sarawak.

“Kita harus teruja dan sentiasa mengikuti perkembangan kerana majlis bandar raya masing-masing bersama pasukan WAK akan mendedahkan butiran lanjut dalam beberapa minggu dan bulan akan datang,” kata Abdul Karim.

Sementara itu, Tan berkata WAK yang memasuki edisi keenam tahun ini, menyeru komuniti kreatif untuk mengemukakan cadangan mereka lebih awal menerusi laman web festival itu di aboutkuching.com.

“Kami memberi masa kira-kira tiga bulan untuk mereka mengemukakan cadangan dan dengan pelancaran Program Kalendar WAK pada pertengahan tahun ini, ia akan membolehkan ramai penonton datang ke Kuching sekali gus menikmati aktiviti pelancongan kami yang hebat,” katanya.

Beliau berharap lebih ramai kreativiti dari seluruh dunia akan menyertai WAK dan pencipta tempatan dalam menjadikan Kuching tempat pementasan yang ideal untuk festival itu.

“Tahun lepas, kami mendapat penyertaan kreatif dari Scotland yang kebetulan mengembara di sekitar kawasan itu. Mereka menyerahkan cadangan mereka dan akhirnya mengadakan acara mereka di sini.

"Kami berharap untuk melihat lebih banyak daripada industri kreatif, seperti pencipta Indonesia kami yang akan datang ke Kuching pada Oktober dan mengadakan acara mereka, supaya kami dapat meningkatkan standard tempatan kami dan mempunyai perkongsian platform yang bermakna," katanya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting dan Datuk Snowdan Lawan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.050170 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list