CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5825|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Had laju kekal 110 kilometer sejam

[Copy link]
Post time 19-3-2024 03:47 PM | Show all posts |Read mode

Kerajaan belum bercadang meningkatkan had laju dan masih ditetapkan kekal 110km/j. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan kerajaan belum bercadang untuk meningkatkan had laju di negara ini.

Beliau berkata, had laju di negara ini masih lagi kekal 110 kilometer per jam (km/j).

"Berhubung dengan had laju, buat masa ini, Kementerian Pengangkutan dan pihak kerajaan secara amnya, belum bercadang untuk meningkatkan had laju dan masih ditetapkan kekal 110km/j.

"Untuk makluman, bidang kuasa untuk menetapkan had laju ini bukannya di bawah Kementerian Pengangkutan, tetapi ia adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya," katanya di Dewan Rakyat hari ini.



Beliau menjawab soalan Sabri Azit (PN-Jerai) mengenai statistik kesalahan melanggar kamera perangkap had laju di seluruh negara dan adakah kementerian bercadang menaikkan had laju kepada 120km/j.

Mengulas lanjut, Loke berkata, sebanyak 556,055 notis telah dikeluarkan pada tahun 2023 bagi kesalahan melebihi had laju melibatkan Kamera-Kamera Perangkap Had Laju (AwAS) di seluruh negara.

Katanya, bagi lokasi yang telah merekodkan ramai pemandu melebihi had laju adalah di KM382.8 Lebuhraya PLUS – Behrang, Perak (Arah Selatan) iaitu 98,911 notis telah dikeluarkan di antara bulan Jun hingga Disember 2023.
https://www.bharian.com.my/berit ... 110-kilometer-sejam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.052009 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list